Sistem pendidikan negara ini semakin bercelaru. Bila pehak atasan membuat berbagai andaian dan rancangan tektikal yang semakin menyusahkan. Guru-guru tidak membuat perancangan untuk pengajaran tetapi menyediakan kertas kerja-kertas kerja yang tidak pernah kerja. Nombor-nombor diletakan di atas spreadsheet dan keluarlah TOV, ETV, VVV, GPA, NKRA, dan kebanyakan nombor-nombor ini adalah hayalan semata-mata untuk menyeronokan pehak atasan. Saya menyambut baik sarana Menteri Pelajaran untuk menkaji semula sistem pendidikan di negara ini. Beliau mesti turun ke sekolah dan bertemu dengan guru dan mendengar keluhan dan alasan kenapa kualiti pendidikan semakin teruk. Sebagai tenaga pengajar di sebuah universiti saya merasakan kualiti pelajar semakin menurun. Bila ditanya berapa A+ dapat dalam SPM, jawapanya "Straight A" tetapi apabila membuat tugasan, "kualiti" mereka sangatlah teserlah. Kadang-kadang soalan-soalan bermain di kepala, " Betul ke mereka dapat A+ dalam English?" Kawan-kawan yang mengajar Fizik dan Matematik pun memberikan komen yang sama. Apa yang sedang berlaku? Adakah huruf-huruf yang tertera di atas slip keputusan SPM adalah huruf-huruf yang telah dimanupulasikan? Ruangan bersama Guru di Star hari Ahad selalu menceritakan tentang masalah yang dihadapi oleh guru-guru. Buatlah sesuatu untuk kebaikan masa depan anak-anak kita....generasi kita.