Sabtu, 30 Mei 2009

TAK PAYAH UBAT, TAK PAYAH PAM ! GUNAKAN BINATANG INI ! SURE BERKESAN !


Free je, Cari je kat belakang rumah, kat kebun pisang lagi banyak. Taruk 5,6 ekor. Kat mana nak BESO bubuh kat situ. Gerenti punya. No gimmic ! Siap dengan colour lagi. Sure mengancam ! Gue banyak experience. Ada 5 boys in my house ! Bila balik kampung mesti sorang dua kena ! Gua tukang buang ! Tak cantik kata my boys. Merah ! Not natural colour ! Bila nak cari, kene guna torchlight ! Susah oii nak cari. Very smart creatures ! Tapi kesannya TRULY WONDERFUL !

Ahad, 24 Mei 2009

SIAPA KATA ZURA TAK UJUD ?

Inilah Zura !

Donut 50 sen satu !

Orang rumah sedang memborong kuih-muih Zura

Teman ada terima satu e-mail yang cuba menafikan keujudan Zura. Semalam balik dari Ipoh teman singgah Stesen Minyak Petronas Batu Gajah Perdana dan teman cari Zura. Kali ini teman ambik gambo dia masa isteri teman membeli apa yang dibawa oleh Zura. Teman curi2 ambik gambo2 dia masa mengisi minyak. Kali ini dia ada bawa donut. Bukan RM5 satu tapi 50 sen ! Habih isteri teman borong. Tak tahule berapa ringgit seketul donut yang dibelinya. Balik rumah teman tak lalu nak makan donut atau karipap yanng dibeli orang rumah. Teman tengok aje anak-anak teman melahap donut2 dan karipap2 tu. Mana mereka tahu ! Teman tak lalu nak makan, mengenangkan Zura yang masih kecil. Dia tak ada masa untuk memikirkan apa dia Makamah Tinggi, Makamah Rayuan atau Makamah Persekutuan. Dia tak kisah pun siapa MB Perak yang sah. Yang penting baginya adalah jualan kuih muih yang dibawa!

Sabtu, 16 Mei 2009

DANGO2, ASRAMA, DATARAN, CERAMAH ?

Ceramah Perdana, 10,000 muat !

Jalan Masuk ke Dataran NAZAR


Tapak Asrama SERINE dan ANAK YATIM

Tapak Dango Ude Kenang


Tapak Dango Mamamat


Tapak Rumah Hj Annuar, Imam Masjid Titi Gantung.

Indahnya Dataran NAZAR di tepi Parit Buang, Ikan banyak !!!

Rabu, 13 Mei 2009

SELAMAT HARI IBU ?

Setiap hari adalah Hari Ibu. Bukan 10 hb Mei, 2009. Setiap hari adalah Hari Bapa, bukan hari Ahad minggu ke tiga setiap bulan Jun. Setiap hari adalah Hari Guru, bukan pada setiap 16 Mei. Setiap hari adalah penuh bermakna kepada mereka yang menghargainya. Adakah kita menghargai dan memperingati ibu dan bapa 2 hari setiap tahun dengan sekeping kad ? Adakah layak guru-guru kita diberi sekuntum bunga dan sekeping kad pada 16 Mei setiap tahun ? Itu bukan budaya kita.....

Ahad, 3 Mei 2009

ZURA BUKAN TENGKU ZARA

"Pakcik nak beli karipap ? Karipap kering ada, basah pun ada." Seorang budak perempuan berumur 12 tahun menjual karipap di stesen minyak Petronas di Batu Gajah Perdana (BGP). Suaranya amat perlahan dan dalam bunyinya seolah2 dia sakit. Ditangannya ada sebiji bakul kecil berisi karipap. Sebelah tangan lagi memegang buku, mungkin buku sekolah tapi bukan majalah "Mangga". "Pakcik sembahyang dulu, nanti pakcik beli". Selepas solat, teman terus berjumpa dia. Zura namanya. Berasal dari Tanjung Tualang. Bersekolah di SK St Paul. Anak kedua dari 5 adik beradik. Ayahnya seorang jaga manakala ibunya membuat kuih untuk dijual. Setiap hari Zura akan dihantar ayahnya ke BGP (lebih kurang 25 km) untuk menjual kuih. Bakulnya bukan besar. Sekadar beberapa kampit karipap kering dan 30-40 karipap basah. "Zura dah sembahyang ?" "Sekejap pakcik. Ada makcik tu tadi nak beli karipap selepas sembahyang. Nanti saya sembahyang lepas ni" Suaranya semakin mendayu." Saya sakit pakcik" Saya tak boleh cakap kuat-kuat, sakit !" Nanti ayah datang pukul 8. Dia hantar tadi pukul 2" Sedih teman. Nak menangis rasanya. Budak kecil ni sedang membantu keluarganya mengahadapi kemelut ekonomi dunia. Teman ingat kalau habis semua karipap yang dibawanya, bukan untung RM250 tapi paling banyak pun RM10.00 ! Minyak motor lagi ! "Zura boleh dapat 5A ? "InsyaAllah pakcik" Raut muka dan jawapannya sungguh meyakinkan! Kalau dapat 5A pun teman pasti Zura tak akan ke MRSM, SMKA, SM Sains atau TFGS ! Bapanya tentu tidak mampu menghantar Zura !

Teman balik ke rumah, hujan renyai-renyai! Tapi hujan lagi lebat turun kat mata co-pilot teman... dia sedih teramat sangat. Sebentar lagi bapa Zura akan sampai untuk menjemputnya! Naik motor kapcai ! Bukan naik Camry ! Bukan naik E200 ! Zura akan menggigil kesejukan ! Sebab itu dia selalu sakit ! Sebab dia dah bertahun-tahun membonceng ayahnya menjual karipap ! Mana dia keadilan ! Kita membayar RM12.00 untuk secawan Cuppercino di Starbuck! 2 scoop aiskrim di Baskin Robbin RM14.00 ! Seketul kepala ikan kari RM10.00 di Restoran Zamry ! Zura berhujan, berpanas, berembun ! Enam jam ! Dapat RM10.00 ! Bukan RM1000.00 !

Kalaulah teman banyak duit, mahu teman beli karipap tu RM1000 seketul ! Bukan 3 seringgit ! Bukan sekampit seringgit ! Biar Zura mentelaah buku-bukunya untuk UPSR bulan September ini ! Biar dia dapat masuk MRSM! Atau SMKA ! Biarlah suatu hari Zura mampu mengubah segala-galanya !

Kalau kengkawan mengisi minyak di stesen minyak Petronas BGP, carilah Zura ! Belilah karipapnya. Sembanglah dengan dia. Dia lebih tau apa itu kelembapan ekonomi dunia dari Pak Menteri-menteri yang umumkan kadar GNP negara naik 3.5 % untuk suku tahun 2009, itu ini untuk GLC, untuk Conglomerat Cap kroni, bla bla bla

Anak2 kome tengah buat ape kalau hari ujan? Ngadap Sinetron ke, ngadap Facebook? Itupun ada yang buat mulut muncung kalu tak dapat ke KFC, ke JJ, ke Bukit Merah Lake Town Resorts...Zura tu teman rase tak pernah mimpi nak ajak mak ayah dia ke sana. Zura tak akan pernah mintak beg Hello Kitty, krim pencuci muka, syampu Sunsilk, top-up atau henfon Nokia N91...Banyak benda yang Zura takkan mampu nak mintak macam anak-anak kita dah lama dapat.

Kita pulak kalau tau ada orang miskin, takat sedih je, takat gebang marah pemimpin tak bantu. Yang kita tu, bila nak mula bantu? Apa usaha kita? kekadang kita nampak orang mintak sedekah, kita buat donno je, ada yang lari dari pakcik makcik peminta yang dah konfom buta!

Barapa ramaikah Zura di tempat anda ?