Sabtu, 17 Januari 2009

PAS...menang? Bertambah besar amanah PR

Malam ni berita baik untuk semua Melayu, Cina,India dan lain2 bangsa yang menyokong PR tentulah kemenangan YB Haji Ab Wahid di T'ganu. Lebih kurang pukul 9 tadi hilang le segala senak perut, angin medu, pedih ulu ati orang2 PR yang dok tunggu pekerja2 pusat pembilangan siap mengira jumlah undi. Fuh! suspen juge Pilihanraya kecik ni ye, macam nak nunggu anak sulung kat sebelah wad bersalin pulak rasenye. Walau ape pun Allah dah bagi kita menang, kita kena jaga dan isi kemenangan kita ni.
Ini yang payah. Bila nak menang kita janji itu ini, bila dah menang, kita kenalah tengok balik kita ni cakap serupa bikin dan bikin serupa cakap ke idak? Bagi teman cakap senang le.... Kalau kat ceramah PAS pun, penceramah2 tu bertempik-tempik kunun kite ni tak same dengan orang UMNO..... Ye ke tak same? Abih tu nape ade orang PAS yang tak peduli jiran, tak semayang kat surau, tak bayo zakat pendapatan, tak renti sedut rokok, tak renti ngutuk orang, tak hormat orang bukan Islam, tak tau hukum bela burung dalam sangko, tak flush tandas awam, tak....pikio sendiri le.
Teman memang frust tengok benda2 cam gini. Tuhan bagi kemenangan ni, dapat le harapnye kita berubah supaya kalu ada PRK kita layak lagi untuk diberi kemenangan.
Satu lagi sebelum teman lupe...yang kome ghame2 ke T'ganu tu dah beres ke jihad kat ghomah? Sebelum pegi tu dah kome tingga cukup duit belanje? Anak, bini, mak kome dah ada benda nak makan? Kome melantak kat sane sedap2, makanan anak bini kat ghomah sedap2 jugak ke idak? Kucin, ayam, kambin, ikan keli kome dah makan? Jangan tau heboh sane sini kome bela itu ini, time bagi makan nyusahkan oghang ghomah.
Amanat YB untuk jaga oghang Kuala T'ganu lain, amanat untuk ahli2 PR yang lain pun ade juge. Kome paham ke teman cakap ape ni? Tugas harian kome kat pejabat, kat ghomah, kat masyarakat jangan tak tunaikan, kalau tunai tu, jangan main2, buat betoi le. Kite kan beza beso daghi orang dacing. Kalu kite malah, cakap je bedego-dego, buat malu je,same je kite ngan deme, cam lagu dulu2 tu...Kita serupa.....kita serupa....
Sori le, teman memang emosi bab2 ni sebab nak nengok perbezaan ketara tu memang payah. Yang ketara cuma bila sorang sumpah seghanah Pak Lah, soghang sumpah seghanah Nik Aziz, itu je ...yang lain cam budak kembo due, seghope peghanga, tebiat, caghe pikio, ...macam2 lagi le. Err...kome udah stop pegi KFC ke? Teman lalu KFC tadi, banyak betoi oghang Melayu yang sokong Israel, deme ni tak peduli pun kempen2 boikot ni. Ate, deme mane ade sedaghe kat Palestin nun, bio le mati pun.....isyhhh suke beno jage tepi kain oghang...
Sori ye...ngutuk tu tande sayang, perli tande kasih, negor tande teman ni codek daghi kome!!!

Rabu, 14 Januari 2009

10 AMALAN TERBALIK ORANG PAS !

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati ORANG PAS selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua! , ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyediakan makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin ORANG PAS) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ORANG PAS nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ORANG PAS menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara ORANG PAS berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada ORANG PAS yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, ORANG PAS rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid ORANG PAS amat rajin, tapi kalau di rumah, ORANG PAS sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan ORANG PAS mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan dibulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan ORANG PAS?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan ORANG PAS akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau ORANG PAS mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa ORANG PAS amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak ORANG PAS tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen ORANG PAS sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan ORANG PAS? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau ORANG PAS bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun ORANG PAS tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri ORANG PAS kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

KALAU SUDAH HABIH BACA , SAH ANDA MEMANG TAK AKAN BUAT AMALAN DI ATAS DAN SAH ANDA ORANG PAS !

Salam Ukhwah, sekadar berblog.


"Sabda Rasullullah SAW:"Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat."

Khamis, 8 Januari 2009

MENCUCI HATI- Khas Untuk Ahli PAS

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.
1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya Allah jadikan hatiku bersih"- Jangan sibuk berkempen, sembahyang lewat.
2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur-Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita danmencetuskansemua perkara kebaikan. On the way pergi kerja tak payah pasang CD, atau dengar ERA, just berselawat....
3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hatidanmenenangkan minda. Banyak dosa yang kita lakukan.....
4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah"sebanyak 3X.
5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan kesalahan kita. Dalam PAS kita selalu juga bertelagah dan bermasam muka.
6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakanlah"Aku sebenarnya kuat, rajin, baik dsb..(perkara yang elok-elok belaka).
7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.
8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan- PUASA MATA, MULUT, TELINGA, HATI, Insyaallah SELAMAT
9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatukejahatan,tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
10) Kekalkan wuduk, senang nak baca Quran.
11) Bersedekah- jangan ingat nak bagi masa ceramah je, tengok Iklan dalam Harakah, buat masjid, buat sekolah agama, esok bank-in.... berterusan pahalanya.
12) Belanja orang makan- ( masa ceramah rajin belanja makan bihun sop gear box ). Ubahlah trend, pergi sekolah. Tengok budak tak makan, belanja. Ini asyik belanja kawan yang dah tentu KAYA dan ada duit nak bayar sendiri. ADA PROJEK KA ? Orang PAS dan PKR Perak dah mula ke cari projek dari YB-YB Pakatan Rakyat? Rugi oii kalau tak, nak MERASE ...
13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat dari hasil yang tak baik.
14) Berkawan dengan ulama, jangan taksub pada yang satu, kadang-kadang ada yang extreme sangat, payah kite.
15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi). Ramai orang miskin di PERAK ni. Pergi LAMBOR, belambak. Gaji RM600 kerja UTP, anak 4 orang, laki lumpuh, contohnya.
16) Pesan pada orang, jadi baik.
17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.- NO KOMEN"

Rabu, 7 Januari 2009

Pantun Orang Bengang kat Kerajaan

Rumah kecik atap nipah,
Lantai simen bertikar getah,
Minyak petrol turun rege dah,
rege baghang bile entah...

Motor cabok seat berlubang,
Tak boleh start terpaksa tolak,
Udah jenuh buat utang,
Bagi makan anak tak boleh nak elak...

Tak Melayu hilang didunie,
Itu le yang selalu di laung,
Macam mane Melayu nak kaye,
Pemimpin deme banyak yang bingung...

Duit Petronas banyak katenye,
Rakyat juga yang dapat nikmat,
Jasa menteri ni ape ye?
Harap2 gaji deme berkat...

Bukan melalak tak tentu ujung pangka,
Nak caghi glamer jauh sekali,
Jangan ingat rakyat ni tak de yang panda,
Tunggu le pilihanraya yang lepah ni...

Tanah bendang dah makin kughang,
Tanah bukit dah kene sodok,
Paka Mercedes mate belalang,
Keme di kampung cume dapat habok...

Ude kenang dah nak masuk tido,
Mak Udenye dah lame bedengko,
Melayu pun boleh pupuih macam dinaso,
Moh weh kite pikio-pikio....

Khamis, 1 Januari 2009

UNLIMITED WEALTH OF STAFFS AT LAND/DISTRICT OFFICE


Do you know anyone who works at District Office? At Land Office ? Ever asked or found out about their collection of properties (lands, bungalow lots, palm oil estates etc)? I happen to know a few. I am amazed that with their meager income ( mind you they are only staffs not officers ) how can they own a few land titles - mostly vacant house lots, stretches of sawit planted lands and luxurious bungalows. My salary is five times higher than theirs, but I am still struggling to provide a good shelter for my family, and have just paid off a long seven-year Bank Rakyat loan to help me finance a one acre durian orchard for my weekend getaway when I retire. This is not a classic example of jealousy....... Another mind-boggling fact is everytime I talk about certain lands or housing areas with them, they would just 'naturally' admit I have one lot there' or another nauseatting reply of ' my wife's land is there too' or a polite nod of approval ' I know the place, my uncle (read 'crony') has a corner lot there'.... and the list goes on and on.... Have you heard of lands in Kayan? Teluk Senangin? Lambor Kiri? or any clustered lands in Perak? and countless other lands that could have been yours and mine but they are gone, often for good.

Picture this...an unemployed husband (actively involved in UMNO of course!) whose wife is just a staff at land office can afford to build a sprawling bungalow on a corner lot ...CASH! Another man is a non-graduate teacher whose wife is a clerk at the 'goldmine' who sold a land they 'got' in Kayan and built a house of course at a corner lot too. Another 'achievement' story is a big house owned by a staff (again!) , with a decoration of a chandelier worth RM8,000 (8K) is left unoccupied...the owners? they are probably residing in a much bigger castle. Friends, should we resign and apply a position at the nearest land/district office? But, do you think we would manage to get as rich? Do we have any more lands left in Perak? I used to hear jokes that if you have sons or daughters, marry them off to anyone working at land/district office! Never mind if he/she is only a janitor...the future is always brighter than a lawyer's or doctor's, let alone government servants. Go to mudah.com, you can see the price of lands at Teluk Senangin. A vacant lot is more than 100K - they (the goldminers) paid a premium of mere RM8000, maybe less. Only 'those people' linked to 'those chanels' have the access to the information unthinkable to the 'outsiders' like you and me. Kesian......Cobaan.... and padan muke kiteeeeeeee...................