Ahad, 4 Mac 2012

PATUTLE DUIT ABIH......


Harga jubin sekaki kali sekaki ni kat kedai paling mahal pun RM3.50, tapi tender buat lantai kat sebuah sekolah agama di Perak, RM9.00 sekaki........ Kalau macam ni ni, duit setinggi Gunung Kinabalu pun abih....

Isnin, 18 Julai 2011

EDUCATION SYSTEM PERLU "REFRESH"


Sistem pendidikan negara ini semakin bercelaru. Bila pehak atasan membuat berbagai andaian dan rancangan tektikal yang semakin menyusahkan. Guru-guru tidak membuat perancangan untuk pengajaran tetapi menyediakan kertas kerja-kertas kerja yang tidak pernah kerja. Nombor-nombor diletakan di atas spreadsheet dan keluarlah TOV, ETV, VVV, GPA, NKRA, dan kebanyakan nombor-nombor ini adalah hayalan semata-mata untuk menyeronokan pehak atasan. Saya menyambut baik sarana Menteri Pelajaran untuk menkaji semula sistem pendidikan di negara ini. Beliau mesti turun ke sekolah dan bertemu dengan guru dan mendengar keluhan dan alasan kenapa kualiti pendidikan semakin teruk. Sebagai tenaga pengajar di sebuah universiti saya merasakan kualiti pelajar semakin menurun. Bila ditanya berapa A+ dapat dalam SPM, jawapanya "Straight A" tetapi apabila membuat tugasan, "kualiti" mereka sangatlah teserlah. Kadang-kadang soalan-soalan bermain di kepala, " Betul ke mereka dapat A+ dalam English?" Kawan-kawan yang mengajar Fizik dan Matematik pun memberikan komen yang sama. Apa yang sedang berlaku? Adakah huruf-huruf yang tertera di atas slip keputusan SPM adalah huruf-huruf yang telah dimanupulasikan? Ruangan bersama Guru di Star hari Ahad selalu menceritakan tentang masalah yang dihadapi oleh guru-guru. Buatlah sesuatu untuk kebaikan masa depan anak-anak kita....generasi kita.

Ahad, 17 Julai 2011

PESANAN PADA ANAK


Anak, jika kamu teringin memiliki permata zamrud dan intan berlian, menabunglah kamu bermula dari kamu keluar dari kantungku. Tak payah pakai lampin, pakai kain buruk je.Tak payah minum susu Dutch Lady, minum tea je. Itu pun tak payah taruk gula.... mahal. Pakaianmu, pakailah pakaian yang ada dari abang-abang dan kakak-kakakmu. Sekolah tak payah kot. Nanti kena beli macam-macam. Yuran PIBG je dah dua tiga ratus setahun. Kalau 20 tahun dah berapa tu... InsyaAllah jika kesampaian impianmu untuk memiliki permata tu akan tercapai..... 24 juta tu sikit je...

Khamis, 14 Julai 2011

DAP Penang Runtuh Masjid dan Surau,


Semalam kawan teman bising-bisng dalam pejabat. Habis semua orang kena marah. Dengar bunyi macam "sembahyang" "DAP' "Lim Guang Eng" "Runtuh" Teman pada mulanya tak berminat tapi lama-lama berminat jugak. Tanya dia. Apa hal yoep? Ni ha... Kelmarin aku pergi Penang. Saja round, round. Time Asar masuk aku pun cari le masjid ke surau. Jenuh round round musing musing cari tempat untuk semayang. Yang ada tokong Hindu dengan Tokong Buddha. Masjid dan surau, lansung tak ada. Musing punya musing tak juga jumpa. Ini mesti kena runtuh oleh DAP Penang. Ini mesti kerja Lim Guang Eng. Kamu cari di mana tu? Teman tanya. Entah. Rasanya Air Hitam.Aku pergi naik Bukit Bendera. Laa... mana engkau nak jumpa. Itu kan kawasan majoriti bukan Islam. Mana engkau nak jumpa. Bodoh bangang le kau ni. Kat kawasan Batu Feringgi tu pun banyak surau dan masjid. Kamu ni pernah ke sebelum ni pergi Penang. Atau mungkin pemerintahan sebelum DAP ni tak bina masjid dan surau kot ? Dah ai... kata dia. Aku dah pergi banyak kali. Ini mesti kerja si Guang Eng ni. Abih masjid masjid dan surau surau kena runtuh. Mungkin dia runtuh malam malam. Teruk betui le DAP ni. Aku tak reti dah cakap dengan mat bangang ni. Kalau dah darah karat biru semuanya salah. Salah sendiri pun tak nampak. Baik aku belah. Sat lagi ada yang kena seligi nanti. Pesan teman pada die, usahle pergi Penang untuk bercuti. Pergi Johor ke, Pahang ke! Melaka pun ok! Setakat buah pala tu di Lambor pun ada.

Khamis, 7 Julai 2011

HAVE FUN TOURING KL.......


Minggu ini KL akan jam. Rakyat yang tidak berpuashati akan menggegarkan bandaraya ini. Ekonomi akan menjadi "triggered" dengan kedatangan beribu-ribu manusia dari berbagai rupa. Ramai yang akan jadi kaya, untung berlipat kali ganda. Orang kampung saja yang menunggu hasil dari "lawatan" manusia ke ibu kota. Tunggulah beberapa bulan atau tahun lagi.

Isnin, 4 Julai 2011

MENGELETAR KENA KEJAR CIKGU...


Semalam bini gua menceritakan satu cerita sedih yang sangat menyayat hati. Dia menggantikan guru yang tidak hadir dalam kelas tingkatan 5. Rasanya semua pelajar tu dah akil baligh ! Malah ada yang dah bermisai janggut persis pemuda remaja. Kebetulan waktu Zohor masuk. Dia mengarahkan semua pelajar pergi ke surau untuk solat berjamaah. Beberapa pelajar meminta kebenaran untuk ke bilik air untuk menunaikan hajat. Bila bini gua samapi ke surau, pelajar-pelajar lelaki tadi masih tidak kelihatan. Beliau terus ke tandas untuk meninjau mereka. Pelajar-pelajar tersebut telah tiada disitu bila dipanggil. Bila beliau meninjau belakang tandas, mereka sedang melepak-lepak sambil berbual-bual kosong. Bila mereka nampak isteri gua, mereka terus cabut. Angkat 1000 kaki..... belah. NANTI KENA SOLAT ! Inilah generasi yang akan datang.

Ahad, 3 Julai 2011

SUSAHNYA NAK NGAJI.....


PTPTN dapat RM16,000 untuk empat tahun pengajian. Sekarang ni kebanyakan universiti dah memulakan sistem tri-semester. Semester yang pendek tu PTPTN tak cover. FAMA kena bayar. RM16,000 hanya cukup untuk untuk yuran pengajian dan sewa hostel. Makan FAMA... Kalau ngaji di Kedah atau Kelantan okay le. Makan murah. Kat KL breakfast je dah RM3.00.... Pelajar-pelajarku banyak yang puasa sunat hari-hari... Makan sekali sehari. Masuk kelas muka macam ikan bilis. Lapo. Mana nak perform dalam pengajian. Mana nak beli peralatan lagi. kalau ngaji Architecture, siapla dua tiga ratus sebulan untuk beli peralatan. Kalau mak ayah kaya lain la. Ini mak ayah kerja kerajaan. gaji 5, 6 ribu pun tak cukup. Adik-adik ramai lagi yang tengah belajar. Kalau adik-adik duduk asrama kena bayar sehari RM3.00 X 200 hari... Kalau 3 orangn ? Itu baru duit makan... duit poket? Yuran PIBG ? Di SMKA yuran PIBG RM400.00.............. Caya jangan tak percaya. Sebab itu kat kampung budak-budak lebih suka bekerja dari pergi sekolah. Sehari boleh dapat RM30 kalau kerja kat kebun sawit. Pagi sampai tengahari. Lepas duit minyak motor, top-up dan duit rokok.... Ini lah generasi yang akan datang..............

Selasa, 5 April 2011

ANWAR MASUK PAS JE !


Dah bermacam-macam masalah yang dihadapi saudara kita ni. Berbagai kes yang menimpa. Lepas satu, satu. Kes LIWAT belum abis, dah timbul masalah lain. Ahli-ahli PKR asyik kena BELI je.... Dah berapa orang jadi KATAK. Tak abis, abis...... Dari dulu lagi Allahyarham Fadhil Noor suruh masuk PAS. Sehingga kini PAS masih tetap teguh dan sentiasa ke hadapan. Cubaan-cubaan UMNO dan BN untuk menggugat PAS selalunya memakan diri mereka sendiri. Kenapa PAS boleh bertahan? Asasnya SATU, Al Quran dan Hadis adalah pegangan dan akar umbi bagi PAS. PAS FOR ALL telah diterima dengan baik oleh masyarakat bukan Islam. Jika Saudara Anwar masuk PAS, yang beragama Islam dan bukan beragama Islam akan diterima baik sebagai ahli-ahli PAS. Perkara ini telah dibincangkan dan diterima oleh pimpinan PAS. Berapa lama lagi saudara sanggup menerima berbagai cubaan yang melanda bukan sahaja saudara tetapi seluruh Pakatan Rakyat. Apa tunggu lagi saudara Anwar....InsyaAllah saudara akan dilindungi Allah.

Saya tertarik dengan kenyataan Datin Seri Wan Azizah, "


Keluarga kami telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998. Pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Anwar Ibrahim.“Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi i Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik,”


Khamis, 8 Julai 2010

ROTI NAN 5 KEPING DAN AIR RM19.00


Alangkah rendahnya nilai duit sekarang ni.... aku berbukak puasa dengan anak-anak aku di sebuah kedai mamak. Setiap orang order roti nan dan kuah kari. Air biasa je. Bila kira, RM19.00. Roti nan kosong je..... Bukan di KL mahupun di Puterajaya. Tetapi di Taman Maju, Seri Iskandar. Apakah nilai sekeping not RM50........

Ahad, 27 Jun 2010

1000 ULAMA MASUK UMNO !!!!

Biar seribu, biar sejuta, tetapi matlamatnya tetap sama. Membersihkan imej UMNO. Kita harap selepas ini UMNO akan menjadi parti ISLAMIK yang tersohor di seluruh dunia ! Ulama-ulama tersebut sedia maklum PAS memang BERSIH dan tidak memerlukan mereka. Mereka tahu berjuta-juta ahli UMNO di seluruh dunia PERLU ditarbiahkan... SEMOGA MEREKA BERJAYA. Sama-samalah kita berdoa kehadrat Allah semoga niat suci ulama-ulama ini akan diberkati Allah. Mungkin selepas ini parti PAS akan dibubarkan....

Ahad, 30 Mei 2010

MINYAK NAK NAIK LAGI ?

Dulu kata minyak naik sebab pasaran dunia. Bila arga minyak dunia naik, negara mesti naikan harga untuk menstabilkan ekonomi negara. Sekarang harga minyak dunia tidak naik. Macam mana boleh naik ? Bukankah dulu pakar-pakar ekonomi di KL sebulat suara mengatakan harga minyak terpaksa dinaikan. Macam mana sekarang ? Tunjukan kepakaran anda untuk memberi hujah-hujah yang hakiki kenapa harga minyak terpaksa dinaikan. Kesihan makcik-makcik di kampung. Harga barang-barang seperti gula, beras, tepung dan ikan tentu akan naik selepas ini. Bila harga minyak turun, harga barang-barang tadi tidak akan turun. Kalau dulu RM50 boleh dapat banyak barang, tetapi sekarang ?

Ahad, 28 Mac 2010

HANYA ISTERINYA YANG TAHU....

.......oleh tiga orang doctor dari hospital swasta dan Kerajaan yang mana menyatakan tiada kerosakan atau koyak di bahagian “ekzos” Saiful...... (dicopy paste dari Kedahlanie)....

Ada beberapa kemungkinan yang boleh menyebabkan Kes Berprofail Tinngi ini GUGUR dengan sendirinya....jika isteri boleh menjawab beberapa soalan yang berstatus SX sedikit.

1. Si suami ber"fungsi" atau "tidak".

2. "Saiz", koyak atau tidak bahagian "ekzos" adalah disebabkan saiz....Hanya isteri saja yang tahu.

3. Suami suka "belakang" atau "depan" ?

4. Doktor yang membuat pembedahan dulu ada memanggil isteri dan memberitahu kesan dari pembedahan tersebut. Contohnya selepas pembedahan ini suami puan tidak akan berfungsi lagi, atau selepas ini kesannya suami puan akan menjadi lagi "ganas", "depan" tak cukup, "belakang" pun mahu.

Sama-samalah kita berdoa agar si isteri dapat memberi keterangan. Hanya inilah Last Call....

PS. INI ADALAH HASIL DARI PEMIKIRAN YANG GILA-GILA TETAPI MUNGKIN BERHASIL !

Ahad, 21 Mac 2010

TUAN HAJI KHATIB UNTUK PARIT....

Kalau Mamamat mencadangkan YB DS Ir Nizar untuk jadi calun Parit, Teman pun nak mencadangkan seseorang untuk ke Parit. Kalau sebut Tn Hj Ahmad Khatib bin Sanusi,ramai orang Parit kenal. Beliau adalah bekas (SEBUT: BEKAS Pengerusi Tetap UMNO PARIT) orang kuat UMNO Parit yang kecewa dengan wadah perjuangan UMNO.

Beliau adalah bekas guru SMDARY selama berpuluh-puluh tahun. Beliau merupakan Guru Bahasa Inggeris yang telah mendidik beribu-ribu anak di daerah Parit.Ramai yang telah berjaya dan menjadi masyarakat koperat dan ilmuan negara. Sekarang ini beliau adalah Mudir di sebuah sekolah rendah islam persendirian di Chemor Perak. Sangat fasih berbahasa Inggeris dan semangat juang beliau tidak boleh diragui. Beliau adalah seangkatan dengan beberapa bekas ADUN Bota dan MP Parit. Seorang yang sangat dikenali sebagai Peniup Semangat anak-anak Melayu semasa di SMDARY. Berasal dari Teluk Kepayang, Bota Kiri dan mempunyai ramai saudara mara di sana. Sesungguhnya kepimpinan PAS Parit mesti menyedari kehadiran beliau di dalam PAS dan mengakui tentang pengaruh dan kecenderungan beliau untuk menakluki ADUN dan Parlimen Parit. Saya berkesempatan bertemu beliau semasa By election Bukit Gantang, dimana beliau berkampung selama 40 hari disana untuk memastikan kemenangan DS Nizar. Orang Parit mesti tidak dapat menerima beliau kerana beliau tidak aktif di Parit tetapi beliau sangat aktif di Ipoh kerana beliau tinggal di sana. Mungkin PAS Parit perlu membuat PERUBAHAN....... Takbir.

Isnin, 15 Mac 2010

SURVIVAL CAMP NISA'


Selama 2 hari, 60 peserta dari Nisa'Parit mengikuti Kursus Motivasi Survival Camp di Bait As Saadah. Berbagai aktiviti dijalankan untuk menaikan semangat anak-anak yang berumur 10-20 tahun untuk menghadapi cabaran yang kian mencabar

Jumaat, 19 Februari 2010

PATUT LE DUIT KITE ABIH !!!!!


"The Sukhois =RM155 million each and the government purchased 18 Su-30MKM from Russia in May 2003 at a cost of RM3.42 billion"

TETAPI BACA INI......

"The other two engines "lost" belonged to a newly-delivered Sukhoi Su-30MKM Multi Role Combat Aircraft (MRCA). The aircraft suffered "foreign object damage" (FOD), as it goes in air force lingo, after its engines sucked in stones and other objects as it landed in June 2007.

However, RMAF chief Datuk Seri Rodzali Daud told The Malay Mail at Parliament recently that the engines were not scrapped but sent for repair. ( DUIT KITA, RAKYAT MALAYSIA) He declined to elaborate, ( KENAPA ? ) but did say that FOD was a normal occurrence in fighter jet operations. If the engines could be repaired, they would have been sent back to the Russian manufacturer ( DUIT !!!!), NPO Saturn. Landasan atau "Runaway" pengkalan TUDM di Gong Kedak dibuat oleh kontraktor tempatan tetapi saya difahamkan syarikat ini tidak mempunyai pengalaman dalam pembinaan landasan kapal terbang. ( SIAPA AGAKNYA ) Akibatnya landasan yang dibina tidak menepati kualiti yang baik, merekah dan keluar serpihan batu atau konkrit yang akhirnya menyebabkan enjin jet bernilai jutaan ringgit itu rosak teruk. ( SIASAT, JANGAN TAK SIASAT .....) Masalah kerosakkan enjin jet akibat kemasukan objek luar tidak pernah berlaku di pengkalan TUDM yang lain seperti di Kuantan atau Butterworth. Akibat dari kejadian itu, sejumlah RM200 juta terpaksa dihabiskan untuk membaiki mutu landasan dan struktur lain di pengkalan itu.


BAGAIMANA PULAK YANG NI ?

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris Rabu yang melaporkan kapal selam pertama negara itu gagal menyelam berikutan masalah teknikal yang dialami sejak tiga bulan lepas.


Abdul Aziz berkata KD Tunku Abdul Rahman turut mengalami kerosakan sebelum Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (Lima) akhir tahun lepas yang melibatkan kerosakan kecil di bahagian sistem penyejuk air laut.


BERAPA PULAK KENA BAYAR ? ADA WARRANTY KE ? SETAHUN ? DUA ? LIMA ? SEJUTA ?


APA PERLUKAH SEMUA INI ?

Makcik Jah masih berhutang RM150 untuk bayaran asrama anak bungsunya......
Pak Said di Parit 4 masih memerlukan ubat darah tingginya.......
Kelmarin Wan Bee terpaksa menjual tanah kebunnya dengan harga RM11,000 ( Market Price 40K) untuk membeli ubat asma suaminya dan menanggung anak bujangnya yang tidak bekerja.
Pak Man ada 4 orang anak OKU yang terpaksa membeli lampin dan susu ....... dengan Bantuan Welfare RM 180 sebulan...... ( Sama nilai dengan harga makanan kucing YB XXXXX )

Adakah mereka tahu tentang Sukhoi, Scorpene dan........... Value Cap, lagi tak paham.

Aku pun pelik.... kawan aku ramai yang codik tapi tak nak berfikir.

Deme seolah olah menafikan HAK -HAK Kite, Makcik Jah, Pak Said, Wan Bee, Pak Man dan ramai lagi.......



Khamis, 18 Februari 2010

HASIL PENULISAN SEORANG YANG KECEWA

6. I suspect (and of course I am always suspicious) that there is a desire for regime change on the part of the MPs. They want to install their own man as head of the Malaysian Government. Can I say that it is not democratic and illegal for a foreign country to install their own candidates to lead Governments in any country? Of course they can ignore such niceties.

7. Anwar can make his bid when his time comes but it is for the Malaysian people to decide if he is fit to form the Government of this country.

Rabu, 17 Februari 2010

SEBENONYE.......

NAJIB SEORANG YANG BAIK HATI.
DIA AMAT PERIHATIN TERHADAP SELURUH RAKYAT 1MALAYSIA.
DIA SANGGUP MAKAN UBI KAYU....
DIA SANGGUP TIDAK JADI KAYA....
BIARLAH ADIK DIA SAJA YANG KAYA...
BIARLAH KAWAN DIA SAJA YANG KAYA...
BIARLAH ISTERI DIA SHOPPING SAKAN...
BIARLAH RAKYAT PERAK MENDAPAT MB YANG SAH....
BIARLAH AKU MAKAN UBI KAYU...
BIARLAH AKU TAWAF MENGELILINGI BAITULLAH.....
BIARLAH KELANTAN, KEDAH, SELANGOR DAN KEDAH...
BIARLAH MEREKA MENTADBIR MENGIKUT CARA MEREKA....
BIARLAH MEREKA SEDAR KESILAPAN MEREKA....
BIARLAH DIA MEMIMPIN NEGERI-NEGERI LAIN...
SUATU HARI MEREKA AKAN SEDAR...
BAHAWA....
MEREKA SEBENONYA BENAR..
MEREKA SEBENONYA BETOI....
AKU YANG TAK BETOI....
NAMUN....
KEKASIHKU ADA....
ADIKKU MASIH ADA....
KAWAN-KAWANKU ADA....

Selasa, 9 Februari 2010

IKAN PEKASAM DAN PEMANTAUAN....


Ikan pekasama teman buat dengan Kak SaL dah mengeluarkan BAU yang enak!


5 Kilo ikan loma dan 2 eko ikan jelawat.


Dengar kata HAWA mengidam nak makan mentah-mentah....





Tadi ade beberapa pegawai kerajaan datang MENINJAU....
Mencari KESALAHAN ?
Atau nak MAKAN FREE ?

Kerajaan MB Perak yang baru akan terus bekerja untuk KESEJAHTERAAN orang Perak.
Bersama-samalah kite BERSAMA-SAMA MB Zamri...

Ada BONUS tak ?

Isnin, 8 Februari 2010

BELISSIMO ! HORRAY ! BRAVO ! BIEN !


Adakah MB yang TerSAH ini akan mengumumkan,

1. BONUS 3 bulan untuk semua kakitangan kerajaan negeri, termasuk YB-YB Pembangkang !

2. MENGHAPUSKAN semua cukai-cukai yang tertunggak,

3. MENGHAPUSKAN semua DENDA /SAMAN MDP yang dikeluarkan oleh di Perak,

4. BONUS kepada Guru-guru KAFA, 3 Bulan, 6 Bulan, Setahun ?
5. Bantuan Per-Kapita 5 kali ganda kepada SEMUA Sekolah Agama di Perak,

6. Bantuan MODAL tanpa bayaran balik kepada ibu-ibu tunggal yang ingin berniaga,

7. CUKAI PINTU akan dihapuskan untuk selama-lamanya,

8. Air akan diberikan PERCUMA untuk seluruh rakyat Perak,

9. Biasiswa kepada pelajar-pelajar anak Perak yang melanjutkan pelajaran di IPTA/IPTS di dalam dan luar negara,

10.Subsidi TNB RM30 setiap bulan kepada setiap rumah di Perak.

Hakikatnya
Dari Kosmos 9/2/10

KUALA LUMPUR - Orang ramai sekitar ibu negara mula mengeluh apabila harga beberapa barangan keperluan terutamanya hasil laut dan sayur-sayuran di pasar-pasar basah meningkat secara mendadak.

Ahad, 7 Februari 2010

TWO WEEKS IN POINTS


My daughter decided to go to boarding school, kopak RM750.00
Students found bullying younger kids – kicked out of hostel, FOREVER.
My new house is almost complete, No CF yet, cost me RM181,000
Makcik X was terminated from her job, due to age factor – No more RM450 every month.
My neighborf still kept his “getah buku” , in a makeshift behind OUR house, a very stinky one –kids lost appetite !
A lot of work to be done in SPLIT SECONDS
My African student is a challenge...... barely speaks English
Could not find “Madu Tualang” for Resdong....... STILL LOOKING.
Sports practice is a breeze, kids are HEAVY.... could not RUN....
My Arab friends are still looking for a driver, for their wives to Ipoh.
Mushabi was dismissed for his low CGPA, tho’ he got exuses- health.
My son is now Imam 1 in his school.
My son has completed and passed his Tahfiz test.
People don’t care about political issues- more into rising prices of goods.
The value of money IS DECREASING......
People are not concerned about who is the RIGHT MB!
Maher Zain is a famous singer that my kids love so much.....