Ahad, 30 Mei 2010

MINYAK NAK NAIK LAGI ?

Dulu kata minyak naik sebab pasaran dunia. Bila arga minyak dunia naik, negara mesti naikan harga untuk menstabilkan ekonomi negara. Sekarang harga minyak dunia tidak naik. Macam mana boleh naik ? Bukankah dulu pakar-pakar ekonomi di KL sebulat suara mengatakan harga minyak terpaksa dinaikan. Macam mana sekarang ? Tunjukan kepakaran anda untuk memberi hujah-hujah yang hakiki kenapa harga minyak terpaksa dinaikan. Kesihan makcik-makcik di kampung. Harga barang-barang seperti gula, beras, tepung dan ikan tentu akan naik selepas ini. Bila harga minyak turun, harga barang-barang tadi tidak akan turun. Kalau dulu RM50 boleh dapat banyak barang, tetapi sekarang ?