Khamis, 14 Julai 2011

DAP Penang Runtuh Masjid dan Surau,


Semalam kawan teman bising-bisng dalam pejabat. Habis semua orang kena marah. Dengar bunyi macam "sembahyang" "DAP' "Lim Guang Eng" "Runtuh" Teman pada mulanya tak berminat tapi lama-lama berminat jugak. Tanya dia. Apa hal yoep? Ni ha... Kelmarin aku pergi Penang. Saja round, round. Time Asar masuk aku pun cari le masjid ke surau. Jenuh round round musing musing cari tempat untuk semayang. Yang ada tokong Hindu dengan Tokong Buddha. Masjid dan surau, lansung tak ada. Musing punya musing tak juga jumpa. Ini mesti kena runtuh oleh DAP Penang. Ini mesti kerja Lim Guang Eng. Kamu cari di mana tu? Teman tanya. Entah. Rasanya Air Hitam.Aku pergi naik Bukit Bendera. Laa... mana engkau nak jumpa. Itu kan kawasan majoriti bukan Islam. Mana engkau nak jumpa. Bodoh bangang le kau ni. Kat kawasan Batu Feringgi tu pun banyak surau dan masjid. Kamu ni pernah ke sebelum ni pergi Penang. Atau mungkin pemerintahan sebelum DAP ni tak bina masjid dan surau kot ? Dah ai... kata dia. Aku dah pergi banyak kali. Ini mesti kerja si Guang Eng ni. Abih masjid masjid dan surau surau kena runtuh. Mungkin dia runtuh malam malam. Teruk betui le DAP ni. Aku tak reti dah cakap dengan mat bangang ni. Kalau dah darah karat biru semuanya salah. Salah sendiri pun tak nampak. Baik aku belah. Sat lagi ada yang kena seligi nanti. Pesan teman pada die, usahle pergi Penang untuk bercuti. Pergi Johor ke, Pahang ke! Melaka pun ok! Setakat buah pala tu di Lambor pun ada.

1 ulasan:

  1. kih..kih..kih ! apsal tak suruh dia stop kat bilik gerakan MCA jer..solat kat situ dgn Koo Tsu Koon ! atau kedai KIMMA yg byk kat situ.

    BalasPadam