Isnin, 4 Julai 2011

MENGELETAR KENA KEJAR CIKGU...


Semalam bini gua menceritakan satu cerita sedih yang sangat menyayat hati. Dia menggantikan guru yang tidak hadir dalam kelas tingkatan 5. Rasanya semua pelajar tu dah akil baligh ! Malah ada yang dah bermisai janggut persis pemuda remaja. Kebetulan waktu Zohor masuk. Dia mengarahkan semua pelajar pergi ke surau untuk solat berjamaah. Beberapa pelajar meminta kebenaran untuk ke bilik air untuk menunaikan hajat. Bila bini gua samapi ke surau, pelajar-pelajar lelaki tadi masih tidak kelihatan. Beliau terus ke tandas untuk meninjau mereka. Pelajar-pelajar tersebut telah tiada disitu bila dipanggil. Bila beliau meninjau belakang tandas, mereka sedang melepak-lepak sambil berbual-bual kosong. Bila mereka nampak isteri gua, mereka terus cabut. Angkat 1000 kaki..... belah. NANTI KENA SOLAT ! Inilah generasi yang akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan