PTPTN dapat RM16,000 untuk empat tahun pengajian. Sekarang ni kebanyakan universiti dah memulakan sistem tri-semester. Semester yang pendek tu PTPTN tak cover. FAMA kena bayar. RM16,000 hanya cukup untuk untuk yuran pengajian dan sewa hostel. Makan FAMA... Kalau ngaji di Kedah atau Kelantan okay le. Makan murah. Kat KL breakfast je dah RM3.00.... Pelajar-pelajarku banyak yang puasa sunat hari-hari... Makan sekali sehari. Masuk kelas muka macam ikan bilis. Lapo. Mana nak perform dalam pengajian. Mana nak beli peralatan lagi. kalau ngaji Architecture, siapla dua tiga ratus sebulan untuk beli peralatan. Kalau mak ayah kaya lain la. Ini mak ayah kerja kerajaan. gaji 5, 6 ribu pun tak cukup. Adik-adik ramai lagi yang tengah belajar. Kalau adik-adik duduk asrama kena bayar sehari RM3.00 X 200 hari... Kalau 3 orangn ? Itu baru duit makan... duit poket? Yuran PIBG ? Di SMKA yuran PIBG RM400.00.............. Caya jangan tak percaya. Sebab itu kat kampung budak-budak lebih suka bekerja dari pergi sekolah. Sehari boleh dapat RM30 kalau kerja kat kebun sawit. Pagi sampai tengahari. Lepas duit minyak motor, top-up dan duit rokok.... Ini lah generasi yang akan datang..............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan