Selasa, 5 April 2011

ANWAR MASUK PAS JE !


Dah bermacam-macam masalah yang dihadapi saudara kita ni. Berbagai kes yang menimpa. Lepas satu, satu. Kes LIWAT belum abis, dah timbul masalah lain. Ahli-ahli PKR asyik kena BELI je.... Dah berapa orang jadi KATAK. Tak abis, abis...... Dari dulu lagi Allahyarham Fadhil Noor suruh masuk PAS. Sehingga kini PAS masih tetap teguh dan sentiasa ke hadapan. Cubaan-cubaan UMNO dan BN untuk menggugat PAS selalunya memakan diri mereka sendiri. Kenapa PAS boleh bertahan? Asasnya SATU, Al Quran dan Hadis adalah pegangan dan akar umbi bagi PAS. PAS FOR ALL telah diterima dengan baik oleh masyarakat bukan Islam. Jika Saudara Anwar masuk PAS, yang beragama Islam dan bukan beragama Islam akan diterima baik sebagai ahli-ahli PAS. Perkara ini telah dibincangkan dan diterima oleh pimpinan PAS. Berapa lama lagi saudara sanggup menerima berbagai cubaan yang melanda bukan sahaja saudara tetapi seluruh Pakatan Rakyat. Apa tunggu lagi saudara Anwar....InsyaAllah saudara akan dilindungi Allah.

Saya tertarik dengan kenyataan Datin Seri Wan Azizah, "


Keluarga kami telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998. Pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Anwar Ibrahim.“Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi i Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik,”


Tiada ulasan:

Catat Ulasan