Ahad, 17 Januari 2010

DUIT DUIT DI MANA KAU DUIT ?

Pulah balik ke asrama. Buku kerja Fizik RM10.00, minyak rambut RM4.50, Biskut RM10.00, Baju sukan RM25.00, kasut selipar RM10.00, Duit Tambahan PIBG RM30.00, Buku nota tambahan RM5.00, Duit poket RM2.00 X 14 hari, Tambang balik RM6.00, lain-lain RM10.00....... Qidah di University, RM80 untuk baju Ko-ko, T-Shirt Rm 39.00, Tudung labuh RM30.00, Perlatan Bengkel RM400.00 ! Tumbdrive 4G RM30.00, Beg RM30.00, Makan RM10.00 sehari X 2 minggu, Buku nota RM10.00, Syampu Syurah RM12.00, Sabun RM5.00 dan lain2 RM15.00. Amir di Tahfiz, RM2.00 sehari X 14 hari, Biskut RM10.00, Buku nota RM5.00.........
Nana nak masuk SBP ?..........
........ Hari ini hanya yang mampu saja yang boleh masuk asrama....
........ Kalau tak mampu, tak usah mimpi......
........ Itu baru dua minggu.....
........ Itu baru 3 orang....
........ Lagi 4 orang......
........ Kenapalah.......

Rabu, 13 Januari 2010

SO WHAT ?


Many people have different views on many matters in Malaysia. Some people use their brains to think, yet some people don't. Some people realize things that they don't see before, yet they tend to forget what they realize now. Tun Mahathir is right, "Melayu Mudah Lupa" Some folks in the village know that the government is wasting our money, but then then they still believe the current government is the rightful and caring caretaker of the future generations. These old folks do not dare to make changes as they are not willing to take risk... or is it? Believe it or not, these old folks are not stupid ! They are just BLIND ! or be blinded ! We are living at the edge of civilization ! People are regressing not progressing ! We do not want to change but to gamble our future generation. Sources are towards the end. We have nothing for future generation. Other nations are already preparing for the worst, yet we are just bunch of lotus eaters ! We are on moving on without looking back, but the future is still bleak. We let some people to intervine with our future. And they are not doing it right....
I still hope for the better....
I still hope it is better...

Selasa, 12 Januari 2010

Kalimah Allah


People talk about this kalimah everyday. Radio, newspapers, talks, sermon, bloggs, magazines, cafes and gossips are now concentrating on this issue. To me I have a list of my sincere thots.....

1. Take it positively, maybe many people will find the true meaning of Allah as Muslims believe in.

2. Strange but true, the govenment could have settled the issue by just one call to the jugde.... This is the verdict....Just DO IT. And all be settled. But why didn't they do such thing?

3. The appeal court was not immediately sought after to change the verdict.... unlike the Perak case.

4. Some parties are trying to squeeze "profitable mileage" from this issue but it turns out to be BAD..

5. We Malaysians do not need such trivial matter to stir hatred among the citizens. Such thing is not good for everything - be it economics, peace, social and so on...

6. We should pay more attention to raising cost of living, poor people, unemployment rate and other social problems in Malaysia.

7. People are now MORE INTELLIGENT to be outsmarted with such thing-to provoke mindsets.

8. Is the govenment trying to divert our attention to declining.......and raising.......

9. We must collaborate to settle this problem.... or is it?

10. We have MORE SERIOUS PROBLEMS...... PEOPLE ARE DYING......

Isnin, 11 Januari 2010

MANA TAK SUSAH ? MANA TAK KAYA ?

1. Seorang makcik berumur 62 tahun sedang mengurut kakinya yang sudah semakin uzur. Dia bekerja sebagai tukang sapu di sebuah sekolah di Lambor. Gajinya sekitar RM550 sebulan. Setiap hari Makcik Jah akan menyapu sampah dan mencuci jamban pelajar-pelajar dan guru-guru. Suatu hari dia bercerita tentang kehidupannya. Sepatutnya dia sudah tidak boleh bekerja memandangkan umurnya sudah melebihi 60 tahun. Tetapi majikannya berasa kasihan kerana tanggungan yang terpaksa dihadapi oleh seorang makcik tua warga emas itu. Makcik Jah terpaksa membayar duit pinjaman PTPTN sebanyak RM100 sebulan. Anaknya telah menghilangkan diri setelah gagal dalam pengajiannya dibidang Accounting setelah bertemu kekasih hati. Dengarnya anak dia bekerja di sebuah stesyen minyak Petronas di Seri Iskandar. Makcik Jah terpaksa membayar balik pinjaman itu kerana takut disaman ! Dia yang menghidap lelah dan semput itu terpaksa meneruskan kehidupannya yang serba kekurangan !

2. Makcik Munah terpaksa menangguhkan pembayaran yuran sekolah dan koperasi anak-anaknya berjumlah RM290 kerana beliau terpaksa membayar RM1000 untuk pendaftaran anak ke-2 nya di Politeknik Ungku Omar semalam. Anak sulongnya tidak dapat membantu kerana dia sendiri pun tidak bekerja tetap. Mengambil upah di ladang sawit Felda di Kampung Gajah hanyalah cukup untuk dirinya saja. Kelmarin dia mengikut jiranya ke Pejabat Felcra Kg Gajah untuk mengambil dividen tahunan. Terkejut Makcik Munah kerana dia bertemu Tok Sidang disitu. Buat apa di sini Tok? Dengan malu-malu Tok Sidang Lambor tu menjawab, "Ambik dividen". Makcik Munah teringatkan rumah 2 tingkat Tok Sidang di tepi jalan yang dipenuhi oleh beberapa buah Backhoe, Trektar dan lori-lori milik orang tua tu. Setiap petang Tok Sidang akan memandu Storm 4X4 sambil menghisap rokok....... Layak ke orang tua tu?

Ahad, 10 Januari 2010

SUSAHNYA !


Macam mana ni ? Yuran makan RM834.00, PIBG RM40, Ibdadi RM277, Koperasi RM135.50! Jumlah hampir Rm1300.00! Mana nak cari ni ? Ayah nak bayar duit adik-adik lagi, PASTI RM400.00 untuk 2 orang! Sekolah Rendah sekurang-kurangnya RM200 seorang ! Akak di UiTM baru telefon semalam. Ayah, kak long kena beli peralatan bengkel, RM400. Itu baru semester 1. Dah tu PTPTN lambat lagi. Dapat separuh je pulak tu! Kenapalah mak dan abah ramai sangat anak-anak ?
Abang kat SBP kena bayar at least RM1500 ! Maklumlah tahun ini dia ambik SPM ! Apasal Bonus ayah tak dapat RM5000.00 Settle everything ! Tapi ayah dapat RM500 sahaja. Gaji ayah tinggal RM850 saja ! Emak tolong dengan menjual kuih ! Dapatlah RM20 sehari. Ayah pergi kerja naik motor buruk Honda tu dah hampir 5 tahun! Masih tidak mampu tukar dengan yang baru. Kesian ayah. Tak tahulah macam mana nak menghadapi semua ini!
Nak kata negara ni miskin macam kat Afrika tu, IMPOSSIBLE ! Kereta mewah, rumah banglow, bangunan pencakar langit, Prada, Lois Vutton, Starbuck.... semuanya melambangkan kemewahan ! Macam mana nak mula sekolah je.... ayah dan mak mula bersedih.
Bukankah negara ini KAYA ? Kenapa kena bayar banyak-banyak lagi ?
Mana pergi duit negara ini ?
Perlukah bangunan pencakar langit ?
Perlukah F1 Circuit ?
Perlukah Monsoon Cup ?
Perlukah ...........

Rabu, 6 Januari 2010

SALAM KEMBALI

Sudah lama tak ber"blog". Kehidupan yang serba mencabar menyekat pergerakan untuk ana menulis luahan hati dan perasaan. Baru memulakan tugas di tempat baru. Masa yang terluang rasanya akan memungkinkan untuk kembali ke dunia "blog". Rasanya seribu satu cerita yang telah lama terpendam akan dimuatkan, InsyaAllah. Anak bungsu ana pun telah 4 hari memulakan alam persekolahan yang serba "meletihkan", menurutnya. Yang sulung pun telah memasuki alam pendidikan yang lagi mencabar, yang mememerlukan wang yang banyak. Kehidupan mesti diteruskan. Cabaran adalah kekuatan. Segala rintangan adalah ujian Allah untuk umatNya yang terpilih. Redhalah....