Ahad, 21 Mac 2010

TUAN HAJI KHATIB UNTUK PARIT....

Kalau Mamamat mencadangkan YB DS Ir Nizar untuk jadi calun Parit, Teman pun nak mencadangkan seseorang untuk ke Parit. Kalau sebut Tn Hj Ahmad Khatib bin Sanusi,ramai orang Parit kenal. Beliau adalah bekas (SEBUT: BEKAS Pengerusi Tetap UMNO PARIT) orang kuat UMNO Parit yang kecewa dengan wadah perjuangan UMNO.

Beliau adalah bekas guru SMDARY selama berpuluh-puluh tahun. Beliau merupakan Guru Bahasa Inggeris yang telah mendidik beribu-ribu anak di daerah Parit.Ramai yang telah berjaya dan menjadi masyarakat koperat dan ilmuan negara. Sekarang ini beliau adalah Mudir di sebuah sekolah rendah islam persendirian di Chemor Perak. Sangat fasih berbahasa Inggeris dan semangat juang beliau tidak boleh diragui. Beliau adalah seangkatan dengan beberapa bekas ADUN Bota dan MP Parit. Seorang yang sangat dikenali sebagai Peniup Semangat anak-anak Melayu semasa di SMDARY. Berasal dari Teluk Kepayang, Bota Kiri dan mempunyai ramai saudara mara di sana. Sesungguhnya kepimpinan PAS Parit mesti menyedari kehadiran beliau di dalam PAS dan mengakui tentang pengaruh dan kecenderungan beliau untuk menakluki ADUN dan Parlimen Parit. Saya berkesempatan bertemu beliau semasa By election Bukit Gantang, dimana beliau berkampung selama 40 hari disana untuk memastikan kemenangan DS Nizar. Orang Parit mesti tidak dapat menerima beliau kerana beliau tidak aktif di Parit tetapi beliau sangat aktif di Ipoh kerana beliau tinggal di sana. Mungkin PAS Parit perlu membuat PERUBAHAN....... Takbir.

3 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Selagi pemuka PAS parit terdiri dari org dulu2 juge payah le deme nak menerime cikgu Khatib, nak calonkan DS Nizar sebagai AJK PAS Pusat pun bertolo2..x caye teman boleh jamin potong kuku ha ha

    BalasPadam
  3. Cikgu Khatib macam pernah dengor nama ni. Memandang usia beliau ...lebih baik dicari yang lebih muda.

    BalasPadam