Aku dilahirkan sebagai anak orang miskin dan aku tidak mahu hidup aku jadi miskin. Aku pernah melalui pengalaman pahit sebagai anak kampong, petani, membanting tulang 4 kerat mencari sesuap nasi. Aku berusaha untuk berjaya dan terus berjaya. Aku tidak mahu generasi aku jadi miskin. Aku telah merantau ke banyak negara di seluruh dunia, sebagai pelajar, sebagai professional, sebagai pelancung dan sebagainya. Aku belajar mengenali dunia luar dari pelajar-pelajarku yang rata-rata dari luar negara. Aku merasakan aku boleh memberi pandangan yang universal, dari sumber yang tepat dan keinginanku untuk menuntut ilmu tidak pernah bernoktah. Di alam siber ini aku akan menulis dan menulis tentang apa yang aku lihat, apa yang aku rasa dan apa yang perlu dilakukan. Ayuh kawan kita berjuang untuk perubahan...
Kaizen...... salah satu tonggak yang digunakan oleh Toyota, bermaksud, continuous improvement, pembaikpulihan yang berterusan. Good preparation ensures victory, digunakan oleh Napoleon Bonarparte. Sebenarnya kedua-dua battlecry ini diceduk dari Islam. Rasulullah SAW pernah bersabda yang membawa bermaksud, hari ini lebih baik dari semalam, dan esok mestilah lebih baik dari hari ini, inilah kalangan umatku. Bukankah ini "continuous improvement" ? Bagaimanakah ini dapat dilakukan ? Berubah. Kita MESTI berubah untuk kaizen........
JANGAN TAKUT UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN.
Malam ini di UTP .. The Apai Show
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan