Rabu, 31 Disember 2008

BODOH SANGAT KE ORANG UMNO NI ?

Mat Sabu kata Dr Mahathir yang hidup matinya untuk UMNO boleh keluar UMNO sebab dia dah tak percaya pada UMNO. Semasa Tun Ghaffar sakit tenat, Mat Sabu pergi melawatnya. Bila ditanya, mana sahabat-sahabat UMNOnya. Tun menjawab, orang UMNO ni masa pegang jawatan, masa berada dalam kerajaan dan masa ada kuasa, masa inilah mereka akan berada dalam ingatan. Bila dah duduk luar, siapapun tak nak pandang hatta sebelah mata. Kalau sakit dah nak mengadap Illahi, kawan-kawan tunggu bila dah tak ada nyawa je. Lagi teruk datang nak makan bubur kacang je. Kalau tak percaya tanya Haji Mat Sabu.

Di kampung teman ramai sungguh orang-orang UMNO yang mati hidup untuk UMNO. Bila cerita tentang rasuah dan salahguna kuasa dan wang rakyat, mereka boleh cerita panjang, tiga hari cerita pun tak habis, siap dengan nombor-nombor dan orang-orangnya sekali. Duit kena songlap, peruntukan kena tibai, kroni/adik beradik dapat projek, semua mereka tahu. Jiran teman siap bagi jumlah sekali. Yang sedih duit Asrama Anak Yatim yang pernah masuk TV pun kena songlap, kata jiran teman yang berjawatan dalam UMNO. Buat apa tu ?, pemilihan, lobby, kain pelikat, kain batik...... semua mereka tahu. Tahu pulak salah dan haram di segi undang-undang dunia dan Islam khasnya. Sayang seribu kali sayang, mereka buat tengin je (pinjam kata-kata YAB Nizar). Masih lagi menyayangi UMNO. Pada mereka hanya UMNO yang boleh membela deme. Masa Mahathir mengistiharkan keluar UMNO ramai kawan-kawan UMNO yang bersetuju diatas tindakan Tun itu. Ingatkan mereka nak ikut serta, tetapi TIDAK sama sekali. Alasannya dalam UMNO yang elok pun ada, yang tak elok pun ada. Mereka akan menyokong yang elok-elok tu. Ramai ustaz-ustaz, haji-haji, dan para cendiakawan dalam UMNO yang baik. Yang tak baik tu sikit je........ Betul ke?

Pelik juga orang UMNO ni, bila ada kematian, orang PAS jugak dicari. Bila nak kenduri, nak baca tahlil, panggil orang PAS juga. Di kampung teman kalau tak ada imam orang PAS, pakat tak ada le orang sembahyang berjemaah. Saya pernah beritahu pada kawan-kawan, bila ada kematian cuba kita buat-buat sibuk ke, buat-buat dek ke. Tapi orang-orang PAS baik. Orang UMNO pun tahu dan mereka gunakan ini sebagai alasan yang baik.

Di pejabat daerah, pejabat tanah, pejabat Pendidikan Daerah, pejabat agama, pejabatpenghulu dan macam-macam pejabat lagi yang dimonopoli oleh puak UMNO ni. Kalau ada projek, tanah kosong, ladang kelapa sawit dan macam-macam lagi kemudahan akan dibolot oleh puak-puak ini. Di daerah teman, ketua cawangan dapat 6 ekar kepala sawit, berjawatan Guru Besar boleh dapat tanah sawit. Wajarkah dia dapat. Adakah itu hak dia? Tanah lot tak usah mimpilah nak dapat. Kalau ada pun lebih-lebih je. Kawan teman SO yang pakai Iswara tu sebutlah tanah di mana yang dia tidak ada. Siapa yang meluluskan? Bukan orang UMNO ? Ramai yang tahu tapi buat-buat tidak tahu.

Entahlah bila orang kampung nak sedar yang UMNO ni penipu. Mereka UMNO kampung ni bodohke ? Tidakkah mereka sedar mereka tertipu oleh kain pelikat, duit RM50, gula, beras dan kain batik. Bukalah mata makcik dan pakcik, termasuklah Yang, Wan Sai, Opah dan Yoep.....

1 ulasan:

  1. Ude...
    Bodohnya orang UMNO ni tak boleh diajar.. cerdik pula tak boleh diikut...yang boleh depa ni kita buat tukun hidup kat tasik raban..

    Manjung Mari

    BalasPadam