Isnin, 22 Disember 2008

PONDOK PAK TEH DAN MB PERAK

Malam tadi berlansunglah satu lipatan sejarah di bumi Allah ini. Tidak pernah berlaku dimana seorang pemimpin negeri dan seorang penceramah yang dikenali di seluruh dunia memberikan ceramah mereka di Stadium Mini Bakri Rais. Sebelum ini tidak termimpi oleh mereka untuk berceramah dihadapan 4-5 ribu orang di stadium ini, tetapi malam tadi menyaksikan YAB Ir Datuk Seri Mohd Nizar dan Hj Mohd Sabu berceramah di tempat yang sebelum ini dikuasai oleh pehak UMNO yang diketuai oleh Datuk Zaim dan YB Nizar ( Pelik suratkhabar selalu tulis YB Dr Nizar. Sejak bila dia jadi doktor pulak? Yang teman tahu bini dia yang doktor. Sepatutnya dia Drs. ) Apa yang menarik dari YAB MB adalah cerita tentang sebuah Pondok di Pengkalan Hulu yang diasaskan oleh seorang ulama dikenali sebagai Pak Teh. Setiap tahun beliau dan ustaz-ustaz dari pondok itu akan keluar 60 hari. Bukan keluar macam orang Tabligh tetapi mereka termasuklah murid-murid di situ akan memohon derma, belas kasihan orang ramai untuk meneruskan aktiviti Pondok. Pondok bukan ada pendapatan, bukan ada per-kapita, bukan ada grant, bantuan kerajaan memang tak ada. Cuma yang ada keyakinan terhadap pertolongan yang Allah janjikan untuk orang-orang yang berjuang ke jalan Allah. Siapakah Pak Teh ? Beliau adalah salah seorang ahli majlis fatwa negeri Perak. Pak Teh tidak menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan bantuan dari sultan. Ada sekeping tanah milik kerajaan negeri di belakang Pondok seluas 45 hektar. Beliau memohon kepada kerajaan negeri UMNO yang dudlu untuk diusahakan dengan kelapa sawit. Segala kertas kerja dibuat dan kelulusan dari JPS, JKR dan lain-lain tetapi kerajaan negeri masa itu (dibawah BN/UMNO) tidak meluluskannya. Atas kesedaran dan keperihatinan MB sekarang, fail yang telah diperap dan disimpan itu telah dibuka semula. Alhamdulillah, tanah seluas 45 hektar itu diserahkan kepada Pondok Pak Teh untuk diusahakan. InsyaAllah lepas ini tak payahlah Pak Teh dan kaum "keluarganya" menjelajah seluruh negara untuk memohon derma.


Kenapakah UMNO ini tidak suka pada pendidikan Islam? Bukankah mereka beragama Islam? Adakah mereka lebih suka orang-orang Melayu menjauhi Islam? Kenapakah mereka memusuhi Islam? Adakah apabila orang Melayu menjauhi Islam, begitu mudah untuk UMNO mempengaruhi orang Melayu? Jika Islam menjadi panduan, halal dan haram mudah diterangkan. Jika manusia beriman, takut pada Allah, mengikut sunnah Rasulullah, Al Quran menjadi panduan, maka amanlah bumi Allah ini. Percayalah. Kembalilah dan berubahlah....

Kepada oarng yang lalu Pengkalan Hulu sebelum memasuki sempadan, singgahlah sebentar ke Pondok Pak Teh.... Tengoklah samada apa yang MB ceritakan itu benar atau fitnah semata-mata. Tanyalah Pak Teh, tanyalah YB Tajul Rosli, bekas MB Perak.

Bawalah beras sekilo dua, gula sedikit dan sedikit wang untuk membantu mereka. Semoga Pondok Pak Teh akan menjadi saksi kabaikan dan kebajikan tuan di akhirat nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan