Rabu, 14 Januari 2009

10 AMALAN TERBALIK ORANG PAS !

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati ORANG PAS selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua! , ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyediakan makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin ORANG PAS) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ORANG PAS nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ORANG PAS menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara ORANG PAS berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada ORANG PAS yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, ORANG PAS rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid ORANG PAS amat rajin, tapi kalau di rumah, ORANG PAS sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan ORANG PAS mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan dibulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan ORANG PAS?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan ORANG PAS akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau ORANG PAS mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa ORANG PAS amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak ORANG PAS tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen ORANG PAS sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan ORANG PAS? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau ORANG PAS bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun ORANG PAS tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri ORANG PAS kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

KALAU SUDAH HABIH BACA , SAH ANDA MEMANG TAK AKAN BUAT AMALAN DI ATAS DAN SAH ANDA ORANG PAS !

Salam Ukhwah, sekadar berblog.


"Sabda Rasullullah SAW:"Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat."

7 ulasan:

  1. wakakaka...besonyer penumbok hang baling kat aku..huhuhuhu..aku orang PAS !

    artikel mesti baca oleh orang PAS !

    BalasPadam
  2. Baguih juga untuk orang PAS saja... he..hee..heee. Orang PAS kalau ketawa berdekah-dekah, sepatutnya senyum saja seperti yang diamalkan oleh Rasulullah.....

    BalasPadam
  3. Salam...
    Bab lain mungkin orang PAS boleh ikut... tapi bab kenduri arwah ni.. susah sikit,, ni yang aku tak faham... ada pulak ustaz yang sama-sama dok dalam harakah mempertahankan kenduri tahlil ni...

    BalasPadam
  4. entah, dah le modify artikel org lain, ude kenanng ni lepas tu seruan tu utk org PAS je, padahal seruan tu patutnye utk semua umat Islam, he he cik ude kite udah kemayor ke pun.

    BalasPadam
  5. assalamualaikom
    bila saya jumpa nama blog anda, saya ingat anda mesti seorang professional dan jujur. tetapi bila baca tulisan anda kali ini nampak sangat anda juga terdiri dari gerombolan yang suka fitnah. dan anda anjur pula orang lain mempercayai fitnah anda....adakah semua orang pas sebegitu?.....tidakkah orang melayu islam yang bukan pas pun ada buat begitu?....anda ada statistik kah?...kalau anda nak fitnah jangan ajak orang lain turut serta....benar ada orang pas buat begitu...tapi bukan semua orang pas...bawa artikel anda dan tunjukkan kepada tok guru anda...atau anda sendiri dah tersesat....bertaubatlah....mai pakat tulis yang elok-elok dan benar.

    BalasPadam
  6. Tuan Zuber,
    Salam,
    Baca betoi2. Internalize the meanings, read the footage, then you should understand. Or you do not wish to understand. What I wrote there are based on my experience, my observation among PAS members, and I strongly believe what I wrote.
    Takbir.

    BalasPadam
  7. yor nye ude kenang zuber tu yg pening sbb tak faham artikel tu untuk semue sebenornye. lantaknye le die nak metor

    BalasPadam