Khamis, 8 Januari 2009

MENCUCI HATI- Khas Untuk Ahli PAS

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.
1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya Allah jadikan hatiku bersih"- Jangan sibuk berkempen, sembahyang lewat.
2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur-Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita danmencetuskansemua perkara kebaikan. On the way pergi kerja tak payah pasang CD, atau dengar ERA, just berselawat....
3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hatidanmenenangkan minda. Banyak dosa yang kita lakukan.....
4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah"sebanyak 3X.
5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan kesalahan kita. Dalam PAS kita selalu juga bertelagah dan bermasam muka.
6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakanlah"Aku sebenarnya kuat, rajin, baik dsb..(perkara yang elok-elok belaka).
7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.
8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan- PUASA MATA, MULUT, TELINGA, HATI, Insyaallah SELAMAT
9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatukejahatan,tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
10) Kekalkan wuduk, senang nak baca Quran.
11) Bersedekah- jangan ingat nak bagi masa ceramah je, tengok Iklan dalam Harakah, buat masjid, buat sekolah agama, esok bank-in.... berterusan pahalanya.
12) Belanja orang makan- ( masa ceramah rajin belanja makan bihun sop gear box ). Ubahlah trend, pergi sekolah. Tengok budak tak makan, belanja. Ini asyik belanja kawan yang dah tentu KAYA dan ada duit nak bayar sendiri. ADA PROJEK KA ? Orang PAS dan PKR Perak dah mula ke cari projek dari YB-YB Pakatan Rakyat? Rugi oii kalau tak, nak MERASE ...
13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat dari hasil yang tak baik.
14) Berkawan dengan ulama, jangan taksub pada yang satu, kadang-kadang ada yang extreme sangat, payah kite.
15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi). Ramai orang miskin di PERAK ni. Pergi LAMBOR, belambak. Gaji RM600 kerja UTP, anak 4 orang, laki lumpuh, contohnya.
16) Pesan pada orang, jadi baik.
17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.- NO KOMEN"

3 ulasan:

  1. Salam..
    Saya pun ahli PAS.. No Ahli 413563.. nak minta izin nak copy Ude punya masuk kat Blog saya...

    BalasPadam
  2. Manjungmari, sile kan. Untuk yang baik-baik, eloklah disebarkan. Insyaallah pahala berpanjangan. Takbir....

    BalasPadam
  3. Terima kasih ude..
    Saya dah masukan..dah..

    http://manjungmari.rentaprevolusi.com

    BalasPadam