Ahad, 26 April 2009

APA NAK JADI DENGAN 1MALAYSIA !


KUALA LUMPUR: Kegiatan jenayah di kalangan remaja, khususnya pelajar, di negara ini semakin membimbangkan apabila mereka terbabit dalam pelbagai kes jenayah seawal usia 10 tahun. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata jenayah membabitkan golongan itu sebenarnya bermula sejak usia enam tahun apabila terdedah dengan perlakuan tidak sihat seperti menonton video lucah.

“Kanak-kanak hari ini terdedah dengan video lucah sejak berusia enam tahun dan apabila mereka membesar dalam keadaan ini dan dibiarkan, mereka boleh terbabit dalam kes lebih serius, termasuk rogol. “Selain itu, lebih memburukkan keadaan apabila ada ibu bapa menjadikan anak mereka tempat melampiaskan nafsu,” katanya.

KUALA LUMPUR: More underage girls are having sex to get back at their parents for neglecting them. This startling information was revealed by police who said that the girls had initially claimed they were raped but later admitted to have consented to sex with their boyfriends. Statistics compiled since 2005 showed that the number of girls below 16 years old who are sexually active has been increasing every year. Statistics from 2005 to 2008 showed 75% of the rape victims were below 18 years old and at least 60% of the girls were below 16. Boys below 18 made up between 8.4% and 13.6% of the “rapists”. The study also showed that teenagers got bored easily, craved attention or wanted the freedom to express themselves.

JOHOR BARU: A 15-year-old girl who is seven months’ pregnant claims she has been raped for three years by her father and a friend of his. It was learnt that the secondary school student, who lives with her parents, confessed to her aunt who took the girl to the Skudai police station to lodge a report. Johor Baru (North) OCPD Asst Comm Ruslan Hassan said the girl was believed to have been raped repeatedly by both men since she was 12 years old. “She told police that the father had repeatedly raped her at their house in Taman Sinaran while his friend had raped her at other locations. “She also claimed that the last time her father raped her was early this month,” he said.

Sabtu, 25 April 2009

SEMUA ORANG ADA KUASA !


Set 1. (10.45 am ) Beberapa orang remaja, lelaki dan perempuan Islam sedang terkinja-kinja menikmati lagu "Hujan" yang sedang pupular masakini, di tapak pesta "Sure Heboh". Malam esok tak tahulah bagaimana ribuan manusia Islam yang akan meninggalkan solat-solat wajib kerana menonton konsert "Sure Heboh"!.
"Managing Change" (Menguruskan perubahan) adalah salah satu dari konsep "behaviorism"dan "sosiolism" yang sangat penting dalam pengurusan dan kehidupan seharian! Payah atau tidak mengikut teori-teori ini bergantung kepada kita. Salah satu dari agen-agen untuk perubahan adalah "KUASA". Semua orang ada KUASA. Ini adalah amanah Allah kepada kita. Sebagai seorang Mufti misalnya, dia mempunyai KUASA dalam bidang-bidang yang diamanahkan kepadanya. Dia berKUASA untuk mengatakan bahawa Sure Heboh itu HARAM kerana dia ada KUASA. Kita tidak boleh menidakkan fatwanya kerana KUASA dan ILMU yang dimilikinya. SS Mufti juga berKUASA dan beramanah untuk memberitahu pada pehak2 yang berkuasa bahawa Sure Heboh di Lumut tidak boleh dibuat kerana ianya HARAM dan banyak keburukan dari kebaikan. Mufti juga WAJIB menasihati mereka supaya memberhentikan perkara-perkara yang membawa kemungkaran di negeri Perak kerana dia ada KUASA . JIKA pandangan dan nasihat mufti tidak diendahkan lagi, ini bermakna mufti tidak lagi mempunyai KUASA. Jika mufti terus kekal dengan mereka yang tidak mengikuti nasihatnya ini bermakna mufti redha dengan tindakan untuk meneruskan Sure Heboh di Lumut ! Mufti harus meninggalkan mereka kerana nasihat-nasihatnya yang BAIK tidak lagi digunapakai ! Jika dia sayangkan ISLAM beliau tidak perlu bersekongkol dengan mereka. Saya andaikan sebelum ini mesti Datuk SS Mufti ada menasihati MB untuk tidak meneruskan Sure Heboh di Lumut dan dia mesti memberikan hujah-hujah serta ayat-ayat dan hadis-hadis yang berkaitan. Apabila MB tidak mahu menerima nasihat Datuk Mufti, ini bermakna KUASA mufti telah tiada dan tidak ada lagi gunanya Datuk Mufti untuk bersama-sama mereka. Meletakkan jawatan adalah langkah terbaik supaya Mufti tidak dilihat memperkenankan apa yang sedang berlaku, atau apa yang berlaku adalah tidak menjadi kesalahan. Kecualilah SS Mufti sedang seronok menikmati kehidupan yang serba mewah di negeri Perak yang kaya ini !

Set 2. (2.45 pm) Tiga pasangan remaja Melayu sedang menikmati "lunch" di Food Court Ipoh Parade dengan gembiranya. Mereka tidak segan silu memeluk pasangan masing-masing dan berlaga-laga pipi tanpa mengira mata-mata yang memerhatikan mereka !
Di manakah ayah mereka ? Di manakah ibu mereka ? Adakah ibubapa tahu di mana anak-anak mereka berada. Adakah ibubapa mereka tiada KUASA ? Setiap bapa ada KUASA ! Setiap ibu ada KUASA ! Untuk mengelakan anak-anak kecik tadi dari berpeleseran di Ipoh Parade, KUASA ibubapa mestilah digunakan sepenuhnya. "Kamu tak boleh keluar" "Jangan pergi mana-mana" "Duduk rumah" Ini adalah contoh-contoh KUASA yang dapat membenteras seks bebas, mat rempit, rokok, dadah, gangsterism, buang anak, jenayah juvana, ponteng sekolah dan banyak lagi. Seorang bapa WAJIB berKUASA untuk mengelakan anak-anak mereka dari kemungkaran. Jika dia tidak gunakan KUASA maka DAYUSlah dia. Akan hancurlah anak-anak mereka. KUASA ibu dan bapa tidak terhenti setelah anak-anak masuk universiti, IKM, ILI, UPM atau Politeknik. KUASA ini sampai bila-bila ! Hatta jika anak menantu kita membuat kemungkaran, ibubapa masih BERKUASA untuk membetulkan keadaan ! Jadilah ibubapa yang GILA KUASA kerana jika tidak anak-anak yang akan mula menunjukkan KUASA kepada masyarakat, akan lahirlah anak-anak yang biadap, angkuh, bebal dan sombong. Bila tiba masanya anak-anak ini akan berkata kepada kita : Sekarang aku yang BERKUASA...

Set 3. (6.45pm) Seorang pekedai memasukan togeh-togeh yang berusia tiga hari ke dalam pelastik dan memberikan kepada seorang pembeli berumur 11 tahun. Apabila si ibu mahu membasuh togeh tersebut untuk goreng koew tiaw, dia dapati taugeh tersebut bukan saja hitam tetapi lembik dan berbau.
Kalau disuruh pekedai tu makan tentulah dia pun termuntah. Budak tak ada KUASA membantah bila diberi taugeh busuk oleh seorang pekedai yang seusia dengan ayahnya...Pekedai ada KUASA untuk berkata, "Togeh dah habis." atau "Togeh tak elok dah.." kerana KUASA menjual ada pada dia. Tapi nampak nya KUASA wanglah yang membuat keputusan disini. Pernahkan anda menyuruh anak anda ke kedai dan beberapa minit kemudian pulang membawa ikan yang dah pecah perut, sawi yang dah macam siap direbus, bawang yang dah berulat, kentang yang dah lembik, kelapa yang dah masam...bla bla bla? Kalau ya, hanya ada satu KUASA kita, KUASA MENGAJAR ...boikot aje le...

Jumaat, 24 April 2009

SAPE KATE SURE HEBOH HARAM ?

Kome jangan pandai-pandai kata Sure Heboh haram. Kome ngaji di mane ? Al-Azhar ? Ummul Qura? University of Madinah ? Yarmuk ? UIAM ? Kolej Islam ? Setakat ngaji pondok di Pondok Tunjung tu tak usah le pandai-pandai kata Sure Heboh haram. Mufti teman lagi terror. Dia dah abih ngaji! Dah dapat tripple PhD. Anugerah itu, ini. Sebut saja hukum hakam, halal-haram, tak boleh challenge dia. "Everything is at his fingertips". Tengok je kat Lumut, Perak... Sure Heboh dah dirasmikan hari ni, serentak dengan perishtiharaan Lumut sebagai Bandar TLDM. Teman memang lame dah tak tengok TV, sejak DS Nizar tak jadi MB teman...

Fuh! Ghopenye dah banyak berubah kat Perak ni, bukan takat MBnye dah ubah. Hukum haram Sure Heboh pun dah ubah! Teman ke Sri manjung tadi, nampak le budak-budak muda dan yang tak berape mude tengah kerumun satu khemah ni, teman tinjau le kedalam... ohhh...artis-artis jemputan Sure Heboh ghopenye. Semuenye dah bertudung litup, baju pulak besar, labuh. Anak-anak mude tu pulak dihidang dengan halwa telinga lagu-lagu El-Suraya (cam Selimut Putih, Palestine...). Teman terharu... patutle Sure Heboh dah boleh bawak ke sini... artis2nye dah boleh pimpin peminat ke syurga...ohhh!...terimekasih le semua pihak yang terlibat dalam program Sure Heboh tu.

FRU pulak memang same banyak ngan peminat artis2 tu. Tapi teman marah betul, deme tengak relaks kat warung makan, takde yang nak jaga keselamatan artis2 tu... tak bawak pun deme water canon yang selalu deme bawak mase nak jaga keselamatan Abang Mat Sabu masa die ceramah, topi ngan senapang tembak gas deme pun teman tak nampak... isk!isk! ate kalu jadi pape kat artis2 tu sape nak bertanggungjawab? DS Nizar mesti kena saman besor sebab sebelas bulan jadi MB tak buat garis panduan keselamatan artis2 yang datang ke Perak.

Balik ceghiter artis2 tu tadi. Deme memang sah udah warak. Buktinye takde sape terkinje-kinje mase Deejay perkenalkan deme, time Asar tadi Dejay memberhentikan progam dan mengajak semua yang datang semue pegi surau yang penganjur sediekan...dah tu, peminat lelaki pompuan semue berasingan...nyese teman marahkan Sure Heboh tu. Program tu bagus ya amat... selame ari ni orang PAS dah rugikan orang Perak sebab tak nyokong Sure Heboh... Oi PAS! Dengo arahan Mufti le kalo nak selamat, kalo nak sume oghang sayang.

Kat Lumut plak, remajenye tak de pun pegang2 tangan, tak de pun kat tempat2 semak dan gelap2. Lampu2 dipasang di merata tempat. Polis dan PPM meronda 24 jam. Ade je yang duduk dekat2, tak sampai seminit, dah kene cekup. Syabas MB baru ! Kedai2 24 jam yang jual arak dan kondom2 udah tidak dibenarkan beroperasi. Boleh kata Lumut @ Perak dah maksiat sifar !

Tahniah kepada MB, mufti dan penasihat agama baru MB, YB Najmuddin Alias al-hafiz. Kome tak respect ke deme2 ni. Kalau tak kerana deme ni, mesti teman masih sangka yang Sure Heboh tu masih haram !

Takbir !

Rabu, 22 April 2009

TOLONG ! TOLONG !

Dari MStar: Zambry mohon Mahkamah Persekutuan isytihar beliau MB Perak

PUTRAJAYA: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menfailkan notis usul di Mahkamah Persekutuan untuk merujuk persoalan undang-undang berhubung tafsiran Fasal 63 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak supaya mahkamah itu memutuskan beliau adalah Menteri Besar yang sah. Zambry memfailkan notis usul itu di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan di sini, semalam, melalui Tetuan Zul Rafique and Partners.

Kesiannya dia ! Bagaimana pulak kepada rakyat negeri Perak ? Di PRK Bukit Gantang dia memohon restu Rakyat tetapi dinafikan ! Bukan makamah yang sepatutnya dia memohon tetapi kepada rakyat marhain yang membayar zakat, cukai, dan macam-macam lagi yang membayar gaji, kereta, elaun, makan, minum dan sebagainya ! Makamah pun kami yang bayar !


Selasa, 21 April 2009

JKKP DAPAT PERDANA V6 !


Sape-sape nak beli Black Camry, tip-top condition, very low mileage, almost new condition ! Murah ! Murah ! Pandai sungguh DS (new title) Dr Zamry mengurus negeri Perak ! Duit yang dikumpulkan oleh Kerajaan PR dulu dah abih ke ? Ke memang bute hati ! Dengki ? Saje nak provok ? Tak Nak lansung ade kesan PR di negeri ini ? Wow ! Marvellous ! Terrorornye teori ekonomi die ! Jual RM 150,000 sebijik. Lepastu beli Perdana V6 ! Mesti dapat 2 bijik. 16 bijik Camry boleh dapat 32 bijik Perdana V6. Terrer ! Bukan setakat Exco, ahli-ahli JKKKP pun boleh memohon sebijik ! Teman mengsyorkan ahli-ahli JKKKP cepat-cepat anto borang ke pejabat MB ! Sape cepat die dapat ! Esok kalau dapat kebenaran Banker Negeri, beli Mercedes pulak ! E200 ! E220 ! Mak oii, banyaknye duit. Ate kalau pakai Camri tu tak boleh ke ? Tak sedapke ? Keme yang tak berduit ni dapat naik Produe pun dah nikmat ! Kome ingat keme ni ngecap duit ! Nak bayo cuka tanah ! Nak bayo zakat ! Kome senang senang je ngabihkan duit ! Rase-rase tak reti nak mentakbir negeri, tak usah le ! Buat menyampah orang je ! Setakat nak perabih duit rakyat,setakat nak rasmi itu ini, tak payah ada PhD pun bulih ! Tak abih ngaji Darjah 6 pun boleh buat! Kome ingat keme redho ke duit keme tu ! Lalu ke kome jawap di Pengadilan Allah nanti ? Kome ingat kome idup tak mati-mati ? Kome ingat naik Perdana V6 atau E220 tu tak kene accident ? Doa orang yang terinaya Allah akan makbulkan! InsyaAllah. Ingatlah, ramai lagi orang yang makan pucuk ubi buat lauk di negeri Perak ini. Bukan sebab darah tinggi ! Sebab tak ade duit. Pemimpin sibuk nak tuko kereta! Rakyat dah nak tumpo tak makan ! Pergi ke Padang Marhom, di Lambor Kanan, masuk sampai hujung jalan ! Ada lagi rumah yang dah nak runtuh jadi kediaman ! Kome sibuk nak tuko KERETE ! Gile !

Isnin, 20 April 2009

BETOI KE HARI KEPUTERAAN ?


Semalam teman ke Ipoh naganto anak balik ke asrama. Letih badan. Poket pun letih. Nak itu, nak ini, kena bayo itu, kena bayo ini. Dah tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah, kenele bayo. Tabung Mak Aji kan ade. Kalau tak berduit, tak usahle ngato anak ke asrama. Dalam perjalanan ke Ipoh tu teman tengok adele kedai-kedai yangn mengibokan bendera kunin, putih dan itam tu. Sampai Ipoh tengok pekan Ipoh tak macam selalu. Tak meriah, tak macam ada sambutan pun. Kata Sambutan Hari Keputeraan Sultan Perak ! Biasanya penuh dengan lampu, hiasan dan macam-macam lagi. Tak macam selalu atau sebelum ini.

Jangan cepat melatah ! Jangan kata orang dah tak suka Sultan Azlan ! Orang sayang die ! Die pun sayang rakyat negeri Perak ! Sebab itu die memerintahkan agar tahun ini sambutan hari keputeraan Baginda MESTI dibuat secara sederhana ! Ekonomi meleset ! Langkah berjimat cermat ! DBI jangan membazir. Bangunan DBI baru tu mesti siap tahun ni ! Ikut kata PM DS Najib ! By-election itu membazir! Jangan bazirkan wang RAKYAT ! Ini 1Malaysia ! Sultan pun kena berjimat cermat ! Baru rakyat senang dan sayang pada Baginda !

Teman balik ikut Batu Gajah ! Sunyi sepi je pekan kelahiran Baginda ! Macam biasa saja ! Adale poster dan papan billboard gambar Tuanku dan Permaisuri di sana sini. Tak pa ! Rakyat B Gajah lebih penting ! Banyak lagi rakyat yang miskin di bandar ini ! Baginda lebih suka jika tiada rakyat baginda di Batu Gajah tak makan !

Bagaimana di Kuale ? Teringat zaman Sultan Idris dulu ! Meriah ! Joget Lambak ! Fun Fair ! Boyan Pusin ! Judi Baling Tong ! Makan Free ! Koba tumbang 40 eko, 40 hari 40 malam ! Bas abih, tido di Taman tepi sungei Kangsar (Projek !) Kesan : Rakyat negeri Perak bertambah ! Begitu meriahnya ! Itu masa Malaysia tak ada masalah ekonomi ! Masa itu tiada rakyat Perak yang kebulur ! Sekarang lain !

Ampun Tuanku !

Rabu, 8 April 2009

GAMBAR2 P59


Dangau idaman, not the flag !


Samseng Kg Dol, mentang2 bawak bendera BN, Jalan ni bapak kau punya ke?


Reti ke baca ?


Awat muncung tu ? Posing le sikit !

Kesian makcik ni, sebelum ngundi tadi punyalah dipimpin, ditolak, bila dah ngundi (BN), kena tinggal pulak. Nasible makcik. Siapa suruh sokong BN ! Nasib baik ada petugas PAS !


Ni satu lagi, merah-merah muncung ni, untuk suami kak oi, bukan untuk tontonan orang ramai ! Jom blah, sakit telinga aku !


Walaupun kita di Bukit Gantang, "bukit-bukit" kita ni kena cover, malu tengok di orang !


Kenapalah engkau tak bagi signal ? Awatla DS Nizar tak lalu pulak ? Sakit kat mana ?


Petugas PAS mengawal pagar, tapi ada lubang tikus di belakang ! Banyak dah lepas !


Ya, ya, Datuk Seri, don't worry, everything is fine!


Tu, tu, hok tino tu bawok payung cop kati ! Mu nampok ? Hok tu la !


Dah senja pakcik oii, tak kan dapat anak ayam 18 ekor cukup 5 tahun ?

YB Nasa mententeramkan penyokong2. Di sebelahnya Datuk JJ ( Nasib baik tak ada orang rab**...)

Titi yang mencetuskan kemarahan penyokong PR, sampai kena bom !


Jangan cakap sebarangan, C4, Altantuya, bom, bunuh....Memali, semuanya didengar!

Kesian pakcik ni kena bom asap. Depan barung BN. Depa buat2 tak tau je. Mentang2 ada bendera PAS ! Petugas PAS to the rescue !


Bom asap untuk semua, tak kira PAS atau UMNO, baru thril !

Mandi belum, breakfast pun belum. Jom kita berjuang ! Aik, Power Rangers pun ada ?


Lawyer dari Slim River ni pun turut serta. "Hangpa ingat jadi Melayu tentuka masuk syurga ?"


Bakal Muslimah PAS dan juga Pelajar SELAWA ni sedang melukis kain rentang untuk DS Nizar


Muslimat bermunajat dan membaca "Yassin" memohon pada Allah.


Nana sedang tolong Dadi buat kain rentang dan poster, Steady Na ! Bakal Muslimah sejati !


Kan dah kata, ini kawasan kubu PAS ! Dah kena koyak !