Isnin, 20 April 2009

BETOI KE HARI KEPUTERAAN ?


Semalam teman ke Ipoh naganto anak balik ke asrama. Letih badan. Poket pun letih. Nak itu, nak ini, kena bayo itu, kena bayo ini. Dah tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah, kenele bayo. Tabung Mak Aji kan ade. Kalau tak berduit, tak usahle ngato anak ke asrama. Dalam perjalanan ke Ipoh tu teman tengok adele kedai-kedai yangn mengibokan bendera kunin, putih dan itam tu. Sampai Ipoh tengok pekan Ipoh tak macam selalu. Tak meriah, tak macam ada sambutan pun. Kata Sambutan Hari Keputeraan Sultan Perak ! Biasanya penuh dengan lampu, hiasan dan macam-macam lagi. Tak macam selalu atau sebelum ini.

Jangan cepat melatah ! Jangan kata orang dah tak suka Sultan Azlan ! Orang sayang die ! Die pun sayang rakyat negeri Perak ! Sebab itu die memerintahkan agar tahun ini sambutan hari keputeraan Baginda MESTI dibuat secara sederhana ! Ekonomi meleset ! Langkah berjimat cermat ! DBI jangan membazir. Bangunan DBI baru tu mesti siap tahun ni ! Ikut kata PM DS Najib ! By-election itu membazir! Jangan bazirkan wang RAKYAT ! Ini 1Malaysia ! Sultan pun kena berjimat cermat ! Baru rakyat senang dan sayang pada Baginda !

Teman balik ikut Batu Gajah ! Sunyi sepi je pekan kelahiran Baginda ! Macam biasa saja ! Adale poster dan papan billboard gambar Tuanku dan Permaisuri di sana sini. Tak pa ! Rakyat B Gajah lebih penting ! Banyak lagi rakyat yang miskin di bandar ini ! Baginda lebih suka jika tiada rakyat baginda di Batu Gajah tak makan !

Bagaimana di Kuale ? Teringat zaman Sultan Idris dulu ! Meriah ! Joget Lambak ! Fun Fair ! Boyan Pusin ! Judi Baling Tong ! Makan Free ! Koba tumbang 40 eko, 40 hari 40 malam ! Bas abih, tido di Taman tepi sungei Kangsar (Projek !) Kesan : Rakyat negeri Perak bertambah ! Begitu meriahnya ! Itu masa Malaysia tak ada masalah ekonomi ! Masa itu tiada rakyat Perak yang kebulur ! Sekarang lain !

Ampun Tuanku !

1 ulasan:

  1. ADUH!!!
    Tajam menikam menusuk jantung teman membaca nyer... terhaghu teman!!!!

    BalasPadam