Rabu, 22 April 2009

TOLONG ! TOLONG !

Dari MStar: Zambry mohon Mahkamah Persekutuan isytihar beliau MB Perak

PUTRAJAYA: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menfailkan notis usul di Mahkamah Persekutuan untuk merujuk persoalan undang-undang berhubung tafsiran Fasal 63 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak supaya mahkamah itu memutuskan beliau adalah Menteri Besar yang sah. Zambry memfailkan notis usul itu di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan di sini, semalam, melalui Tetuan Zul Rafique and Partners.

Kesiannya dia ! Bagaimana pulak kepada rakyat negeri Perak ? Di PRK Bukit Gantang dia memohon restu Rakyat tetapi dinafikan ! Bukan makamah yang sepatutnya dia memohon tetapi kepada rakyat marhain yang membayar zakat, cukai, dan macam-macam lagi yang membayar gaji, kereta, elaun, makan, minum dan sebagainya ! Makamah pun kami yang bayar !


4 ulasan:

  1. Itu maknanye dia sendiri rasa jawatan yang dia pegang tu tak sah lagi,

    BalasPadam
  2. kalau dia rasa dia mb yang sah, kenapa perlukan mahkamah untuk sahkan?. pening dengan zamry ni

    BalasPadam
  3. Zamri kata dia emm bee Perak. Dah dapat watikah dari Sultan. Tapi di-Bukit Gantang mohon restu. sayangnya rakyak Perak restu dia emm bee. Sekarang mintak makamah sahkan dia emm bee. Rasa teman deme tak bayo dia gaji emm bee lagi kod. dah saso gamakna. nasib mikele zamri.

    BalasPadam
  4. mahkamah,polis,istana- 3 institusi tempat Zamry menyorok.teringat masa kecik2 dulu..bila main gaduh2 lari dok belakang mak atau ayah.Nyorok minta berlindung.
    Wahai YAB Dato Seri Dr Zamry b Abdul Kadir...ketahuilah oleh mu bahawa rakyat la ni payah nak percaya walaupun YB Dato Seri menang dalam pohon mahkamah itu. Takpe le..hari ni Dato Seri kalau ditakdirkan menang..tapi ingat lagi 2 tahun lebih Dato Seri akan berhadapan dengan rakyat dalam PRU13.Ingat..dalam pilihanraya nanti tak boleh minta mahkamah isytihar bahawa tiada siapa pun dibenarkan bertanding menentang Zamry.Hatta pada Tuanku pun tak boleh mintak tolong.Masa itu KUASA...KUASA ...KUASA RAKYAT yang menentukan. Selamat Berbahagia Dato Seri..

    BalasPadam