Sabtu, 25 April 2009

SEMUA ORANG ADA KUASA !


Set 1. (10.45 am ) Beberapa orang remaja, lelaki dan perempuan Islam sedang terkinja-kinja menikmati lagu "Hujan" yang sedang pupular masakini, di tapak pesta "Sure Heboh". Malam esok tak tahulah bagaimana ribuan manusia Islam yang akan meninggalkan solat-solat wajib kerana menonton konsert "Sure Heboh"!.
"Managing Change" (Menguruskan perubahan) adalah salah satu dari konsep "behaviorism"dan "sosiolism" yang sangat penting dalam pengurusan dan kehidupan seharian! Payah atau tidak mengikut teori-teori ini bergantung kepada kita. Salah satu dari agen-agen untuk perubahan adalah "KUASA". Semua orang ada KUASA. Ini adalah amanah Allah kepada kita. Sebagai seorang Mufti misalnya, dia mempunyai KUASA dalam bidang-bidang yang diamanahkan kepadanya. Dia berKUASA untuk mengatakan bahawa Sure Heboh itu HARAM kerana dia ada KUASA. Kita tidak boleh menidakkan fatwanya kerana KUASA dan ILMU yang dimilikinya. SS Mufti juga berKUASA dan beramanah untuk memberitahu pada pehak2 yang berkuasa bahawa Sure Heboh di Lumut tidak boleh dibuat kerana ianya HARAM dan banyak keburukan dari kebaikan. Mufti juga WAJIB menasihati mereka supaya memberhentikan perkara-perkara yang membawa kemungkaran di negeri Perak kerana dia ada KUASA . JIKA pandangan dan nasihat mufti tidak diendahkan lagi, ini bermakna mufti tidak lagi mempunyai KUASA. Jika mufti terus kekal dengan mereka yang tidak mengikuti nasihatnya ini bermakna mufti redha dengan tindakan untuk meneruskan Sure Heboh di Lumut ! Mufti harus meninggalkan mereka kerana nasihat-nasihatnya yang BAIK tidak lagi digunapakai ! Jika dia sayangkan ISLAM beliau tidak perlu bersekongkol dengan mereka. Saya andaikan sebelum ini mesti Datuk SS Mufti ada menasihati MB untuk tidak meneruskan Sure Heboh di Lumut dan dia mesti memberikan hujah-hujah serta ayat-ayat dan hadis-hadis yang berkaitan. Apabila MB tidak mahu menerima nasihat Datuk Mufti, ini bermakna KUASA mufti telah tiada dan tidak ada lagi gunanya Datuk Mufti untuk bersama-sama mereka. Meletakkan jawatan adalah langkah terbaik supaya Mufti tidak dilihat memperkenankan apa yang sedang berlaku, atau apa yang berlaku adalah tidak menjadi kesalahan. Kecualilah SS Mufti sedang seronok menikmati kehidupan yang serba mewah di negeri Perak yang kaya ini !

Set 2. (2.45 pm) Tiga pasangan remaja Melayu sedang menikmati "lunch" di Food Court Ipoh Parade dengan gembiranya. Mereka tidak segan silu memeluk pasangan masing-masing dan berlaga-laga pipi tanpa mengira mata-mata yang memerhatikan mereka !
Di manakah ayah mereka ? Di manakah ibu mereka ? Adakah ibubapa tahu di mana anak-anak mereka berada. Adakah ibubapa mereka tiada KUASA ? Setiap bapa ada KUASA ! Setiap ibu ada KUASA ! Untuk mengelakan anak-anak kecik tadi dari berpeleseran di Ipoh Parade, KUASA ibubapa mestilah digunakan sepenuhnya. "Kamu tak boleh keluar" "Jangan pergi mana-mana" "Duduk rumah" Ini adalah contoh-contoh KUASA yang dapat membenteras seks bebas, mat rempit, rokok, dadah, gangsterism, buang anak, jenayah juvana, ponteng sekolah dan banyak lagi. Seorang bapa WAJIB berKUASA untuk mengelakan anak-anak mereka dari kemungkaran. Jika dia tidak gunakan KUASA maka DAYUSlah dia. Akan hancurlah anak-anak mereka. KUASA ibu dan bapa tidak terhenti setelah anak-anak masuk universiti, IKM, ILI, UPM atau Politeknik. KUASA ini sampai bila-bila ! Hatta jika anak menantu kita membuat kemungkaran, ibubapa masih BERKUASA untuk membetulkan keadaan ! Jadilah ibubapa yang GILA KUASA kerana jika tidak anak-anak yang akan mula menunjukkan KUASA kepada masyarakat, akan lahirlah anak-anak yang biadap, angkuh, bebal dan sombong. Bila tiba masanya anak-anak ini akan berkata kepada kita : Sekarang aku yang BERKUASA...

Set 3. (6.45pm) Seorang pekedai memasukan togeh-togeh yang berusia tiga hari ke dalam pelastik dan memberikan kepada seorang pembeli berumur 11 tahun. Apabila si ibu mahu membasuh togeh tersebut untuk goreng koew tiaw, dia dapati taugeh tersebut bukan saja hitam tetapi lembik dan berbau.
Kalau disuruh pekedai tu makan tentulah dia pun termuntah. Budak tak ada KUASA membantah bila diberi taugeh busuk oleh seorang pekedai yang seusia dengan ayahnya...Pekedai ada KUASA untuk berkata, "Togeh dah habis." atau "Togeh tak elok dah.." kerana KUASA menjual ada pada dia. Tapi nampak nya KUASA wanglah yang membuat keputusan disini. Pernahkan anda menyuruh anak anda ke kedai dan beberapa minit kemudian pulang membawa ikan yang dah pecah perut, sawi yang dah macam siap direbus, bawang yang dah berulat, kentang yang dah lembik, kelapa yang dah masam...bla bla bla? Kalau ya, hanya ada satu KUASA kita, KUASA MENGAJAR ...boikot aje le...

1 ulasan:

  1. Siapakah dia sepuluh golongan orang termasuk di kalangan sahabat dan teman syaitan?jom ramai-ramai kita tanya kat mufti perak.

    BalasPadam