"Pakcik nak beli karipap ? Karipap kering ada, basah pun ada." Seorang budak perempuan berumur 12 tahun menjual karipap di stesen minyak Petronas di Batu Gajah Perdana (BGP). Suaranya amat perlahan dan dalam bunyinya seolah2 dia sakit. Ditangannya ada sebiji bakul kecil berisi karipap. Sebelah tangan lagi memegang buku, mungkin buku sekolah tapi bukan majalah "Mangga". "Pakcik sembahyang dulu, nanti pakcik beli". Selepas solat, teman terus berjumpa dia. Zura namanya. Berasal dari Tanjung Tualang. Bersekolah di SK St Paul. Anak kedua dari 5 adik beradik. Ayahnya seorang jaga manakala ibunya membuat kuih untuk dijual. Setiap hari Zura akan dihantar ayahnya ke BGP (lebih kurang 25 km) untuk menjual kuih. Bakulnya bukan besar. Sekadar beberapa kampit karipap kering dan 30-40 karipap basah. "Zura dah sembahyang ?" "Sekejap pakcik. Ada makcik tu tadi nak beli karipap selepas sembahyang. Nanti saya sembahyang lepas ni" Suaranya semakin mendayu." Saya sakit pakcik" Saya tak boleh cakap kuat-kuat, sakit !" Nanti ayah datang pukul 8. Dia hantar tadi pukul 2" Sedih teman. Nak menangis rasanya. Budak kecil ni sedang membantu keluarganya mengahadapi kemelut ekonomi dunia. Teman ingat kalau habis semua karipap yang dibawanya, bukan untung RM250 tapi paling banyak pun RM10.00 ! Minyak motor lagi ! "Zura boleh dapat 5A ? "InsyaAllah pakcik" Raut muka dan jawapannya sungguh meyakinkan! Kalau dapat 5A pun teman pasti Zura tak akan ke MRSM, SMKA, SM Sains atau TFGS ! Bapanya tentu tidak mampu menghantar Zura !
Teman balik ke rumah, hujan renyai-renyai! Tapi hujan lagi lebat turun kat mata co-pilot teman... dia sedih teramat sangat. Sebentar lagi bapa Zura akan sampai untuk menjemputnya! Naik motor kapcai ! Bukan naik Camry ! Bukan naik E200 ! Zura akan menggigil kesejukan ! Sebab itu dia selalu sakit ! Sebab dia dah bertahun-tahun membonceng ayahnya menjual karipap ! Mana dia keadilan ! Kita membayar RM12.00 untuk secawan Cuppercino di Starbuck! 2 scoop aiskrim di Baskin Robbin RM14.00 ! Seketul kepala ikan kari RM10.00 di Restoran Zamry ! Zura berhujan, berpanas, berembun ! Enam jam ! Dapat RM10.00 ! Bukan RM1000.00 !
Kalaulah teman banyak duit, mahu teman beli karipap tu RM1000 seketul ! Bukan 3 seringgit ! Bukan sekampit seringgit ! Biar Zura mentelaah buku-bukunya untuk UPSR bulan September ini ! Biar dia dapat masuk MRSM! Atau SMKA ! Biarlah suatu hari Zura mampu mengubah segala-galanya !
Kalau kengkawan mengisi minyak di stesen minyak Petronas BGP, carilah Zura ! Belilah karipapnya. Sembanglah dengan dia. Dia lebih tau apa itu kelembapan ekonomi dunia dari Pak Menteri-menteri yang umumkan kadar GNP negara naik 3.5 % untuk suku tahun 2009, itu ini untuk GLC, untuk Conglomerat Cap kroni, bla bla bla
Anak2 kome tengah buat ape kalau hari ujan? Ngadap Sinetron ke, ngadap Facebook? Itupun ada yang buat mulut muncung kalu tak dapat ke KFC, ke JJ, ke Bukit Merah Lake Town Resorts...Zura tu teman rase tak pernah mimpi nak ajak mak ayah dia ke sana. Zura tak akan pernah mintak beg Hello Kitty, krim pencuci muka, syampu Sunsilk, top-up atau henfon Nokia N91...Banyak benda yang Zura takkan mampu nak mintak macam anak-anak kita dah lama dapat.
Kita pulak kalau tau ada orang miskin, takat sedih je, takat gebang marah pemimpin tak bantu. Yang kita tu, bila nak mula bantu? Apa usaha kita? kekadang kita nampak orang mintak sedekah, kita buat donno je, ada yang lari dari pakcik makcik peminta yang dah konfom buta!Teman balik ke rumah, hujan renyai-renyai! Tapi hujan lagi lebat turun kat mata co-pilot teman... dia sedih teramat sangat. Sebentar lagi bapa Zura akan sampai untuk menjemputnya! Naik motor kapcai ! Bukan naik Camry ! Bukan naik E200 ! Zura akan menggigil kesejukan ! Sebab itu dia selalu sakit ! Sebab dia dah bertahun-tahun membonceng ayahnya menjual karipap ! Mana dia keadilan ! Kita membayar RM12.00 untuk secawan Cuppercino di Starbuck! 2 scoop aiskrim di Baskin Robbin RM14.00 ! Seketul kepala ikan kari RM10.00 di Restoran Zamry ! Zura berhujan, berpanas, berembun ! Enam jam ! Dapat RM10.00 ! Bukan RM1000.00 !
Kalaulah teman banyak duit, mahu teman beli karipap tu RM1000 seketul ! Bukan 3 seringgit ! Bukan sekampit seringgit ! Biar Zura mentelaah buku-bukunya untuk UPSR bulan September ini ! Biar dia dapat masuk MRSM! Atau SMKA ! Biarlah suatu hari Zura mampu mengubah segala-galanya !
Kalau kengkawan mengisi minyak di stesen minyak Petronas BGP, carilah Zura ! Belilah karipapnya. Sembanglah dengan dia. Dia lebih tau apa itu kelembapan ekonomi dunia dari Pak Menteri-menteri yang umumkan kadar GNP negara naik 3.5 % untuk suku tahun 2009, itu ini untuk GLC, untuk Conglomerat Cap kroni, bla bla bla
Anak2 kome tengah buat ape kalau hari ujan? Ngadap Sinetron ke, ngadap Facebook? Itupun ada yang buat mulut muncung kalu tak dapat ke KFC, ke JJ, ke Bukit Merah Lake Town Resorts...Zura tu teman rase tak pernah mimpi nak ajak mak ayah dia ke sana. Zura tak akan pernah mintak beg Hello Kitty, krim pencuci muka, syampu Sunsilk, top-up atau henfon Nokia N91...Banyak benda yang Zura takkan mampu nak mintak macam anak-anak kita dah lama dapat.
Barapa ramaikah Zura di tempat anda ?
salam sahabat,
BalasPadamentri anta yg ini betul2 buat ana jadi sedeyy maa..Apsal la ana tak jumpa si zura tu itu hari..mungkin zura sudah balik agaknya..huhu !
Boleh tak kita buka sedikit ruang untuk pembaca memberi sumbangan melalui blog ni.Tak mustahil ada yang sudi untuk membuat sedikit amal jariah kepada yang memerlukan.
BalasPadamMak oii....tebaca cerita ni,mcm nak terlepas rokok di tangan.
BalasPadamRM9-00,sehari,itu pon kalau tak de assignment,klu ade tak usah kira lah.
Lps tur ada yang kata rokok haram,ada makroh,ada yang tak kata apa.
Kalau di bagi kat zura hari hari alangkah bahagianya die.
Tapi banyak sangat orang susah,tengah lepak di Starbuck Damansara Utama dlm 1 jam, ada 2-3 pembawa tisu buta diikuti ole perempuan celik mata.,dok hulur minta simpati.
Pegi pulak makan Nasi lemak antaranbangsa kat.Kampong Baru, lagi lah ramai yang minta derma.
Duduk pula kat Masjid,belum apa apa bilal buat pengumuman Derma itu dan ini.
Dalam TV,dalam Surat Kabar berbagai bagai derma,ada saja tajuk nya.
Habis Zura ni hanya sebahagian kecil dan kes terpencil.
Yang benarnya 50 tahun lebih UMNO memerintah ini lah hasil nya.
Pilih lah ,Undi lah UMNO (BN),maka dari dulu,kini dan selama lamanya lah,kita akan berhadaapan dengan situasi yang sama.
Jgn Maree!!!!!
Sedih aku dengar...
BalasPadamInsyallah.. satu hari aku akan kesana bertemu dengan zura. sedih dan kesian aku dengar. Aku doakan kebahagian dan kejayaan kepada zura dan keluarga. semoga Allah limpahkan rezeki kepada zura sekeluarga.
BalasPadamSedihnya aku baca cerita ni. Terlalu ramai orang yang hidup susah kat Malaysia ni.
BalasPadamyaALLAH..terharunya..rupanya dlm kesempitan untuk membesar anak2 ummi..jauh beribu kali ganda lebih baiknya daripada nasib si Zura..
BalasPadamAku adalah Zura 25tahun yang lalu. Hari2 membantu emak dan kakak menguli tepung utk buat karipap. Tapi hari ini aku jauh berubah dan boleh membeli Baskin Robbin RM14.00 satu scoop. Kalau nak salahkan kerajaan 100% itu tidak adil. Cuma kerajaan dulu dah tak sama dengan kerajaan sekarang. Aku boleh puji emak aku sbb boleh membesarkan 16 anak tanpa suami yang lebih disayangi Allah. Aku boleh puji emak aku sbb dia sanggup turun naik pejabat kerajaan utk dapatkan bantuan pelajaran utk kami dengan apa daya sekali pun. Yang penting kami mesti belajar bersungguh2. Jadi jika Zura berjaya dapat 5A itu bukan alasan untuk tidak masuk MRSM, SMKA atau TFGS. Jgn tunggu utk bantuan kerajaan datang keriba tapi pergi cari dan dapatkan bantuan.
BalasPadamApa2 pun memang kita patut bersyukur dengan kehidupan kita yang jauh lebih baik dari Zura. Dan dalam hidup ini akan sentiasa ada orang seperti Zura. Nabi bersabda; tangan di atas itu lebih baik dari tangan dibawah. Semoga kita jadi tangan yang di atas. Wallahualam.
Ude...nak teroyak teman rasanya ni...insyallah nanti teman akan sampai juge ke sana tu..kesian beno teman dengo cerita mike ni...
BalasPadam