Isnin, 30 Mac 2009

ANARCHISM ?






Bendera BN berkibar megah bersama-sama
bendera ..........









Bendera Anarchism









Lambang Anarchism, yang selalu digunakan
oleh Punks, Undergrounds, dan macam-macam
lagi. Anak-anak muda ini akan mewarnai dunia
generasi akan datang.






1. The term anarchism derives from the Greek ἀναρχος, anarchos, meaning "without rulers" from the prefix ἀν- (an-, "without") + ἄρχή (archê, "sovereignty, realm, magistracy") ισμός (-ismos, from a stem -ιζειν, -izein)


2. The Britannica-Webster dictionary defines the word anarchism as, a political theory that holds all government authority to be unnecessary and undesirable and advocates a society based on voluntary cooperation of individuals and groups.


3. New American Webster Handy College Dictionary,Ý define anarchism as, the political doctrine that all governments should be abolished.


Anarki bermaksud "tanpa pemimpin" yang membawa makna tiada undang-undang yang digunakan. Yang kuat akan menjadi ketua, yang lemah akan ditindas. "Survival of the fittest" bermaksud kekuatan fizikal menjadi keutamaan. Semua kuasa kerajaan atau pemerintah tidak diperlukan. Undang-undang RIMBA digunapakai. Semua prinsip-prinsip parti perlu dibuang KE DALAM LONGKANG !

Diary 40 minit Changkat Jering-Batu Hampar

Rumah Mak Long, ambik bendera PAS satu,
Pasang kat kereta, megah teman megah AGQ,
Muslimat T'ganu mari meraih undi kat Pecah Batu,
Batu keras, tak cair2 dek DS Nizar tu,
Mungkin deme dah dapat kain 2,3 kayu,
Buat Expo sebelah masjid berkaraOK 2,3 lagu,
Malu, sedih Mak Long tengok, deme buat2 tak tau,
Ekspo sana, ekspo sini, orang Siam ramai, Pengundi Hantu ?
Entahle SPRAM, PDRM, JPN buat2 tak tau.

Changkat Jering Polis, FRU duduk berkampung,
Tegak berdiri Polis Trafik jaga lalu lalang,
Rumah Jins Samsuddin tak jadi Bilik Gerakan,
Simpang ke PLUS kete banyak susah nak lalu.
Mercedes, BMW, Volvo, Alphad, Proton tak malu.
Sekali 5 tahun, PRK P59, jenguk2 selalu.

Atas jambatan, bendera PAS tegak, bendera BN dah terkulai layu,
Buah doyan ade, mari mane? Kalau tanya aku tak mampu,
Markaz PAS ramai, petugas sibuk dok tebang kayu,
Seberang jalan Bilik Gerakan tak ada orang, yang ada hantu?
Bendera berkibar, poster direntang, ada pulak gambar si Jailu?
Najib, Muhyidin, Ismail , Altantuya pun ade? Ke lia munya hantu?

Gambar Najib tegak berdiri, bertiangkan kayu,
Seperti kuat, setelah Cet Det kembali merayu?
Tapi sayang sepanjang perjalanan semuanya tumbang, dilanggo hantu?
Nak letak gambarnya tak mampu teman, biorle macam tu.

Petugas PAS berkepiah putih, bertopi comel Unit Amal ku,
Tak kira panas, hujan, ribut, tak ade hal bagiku,
Bendera, poster, kain rentang, panjat pokok, tiada upah buatku,
Bukit Uhud akan kupertahankan, menyerah kalah tidak akan berlaku,
Tak ada imbuhan, kain, duit, rokok, nasi pun kena catu.....

Lori hon, mat motor hon, Cina apek lambai, melihat bendera PASku,
Mat di Estet Sg Tinggi bangkit, melaung, TAKBIR ! Betui ke tu?
Berkibar indah AGQ menuju laju ke kampung asalku,
Misi membantu Markaz Ce Id (Tuan Guru Haji Said), Rumah mentuaku,
Bawa bekalan, ituje yang mampu, berdoa dan updatekan bloggku,

Sampai Bruas bini telefon, "Simpankan bendera PAS tu !"
Dah keluar kawasan, tapi orang masih hon, lambai kat aku !
Sedih nak simpan, tapi lebih baik ikut kata biniku,
Nanti seluruh taman riuh, Nanti malam tido luar kelambu !
Sampai rumah teman lega, seronok, puas hatiku....
Tak dapat dekat, dari jauh, internet, sms, pengubat rindu,

Sahabat, saudara, semoga Allah memberkati Muslimin, Muslimah selalu,
P059, DS Ir Nizar, Allah memilih tuan buat Kalifah di bumiku,
Takbir, Makkal Sakti, Refomasi, laungan keramat, yang UMNO takut tu,
Jom kite ramai-ramai, berdoa, bermunajat, kepada Allah yang satu,
Selamat berjuang semoga kita sentiasa berpadu.....

Takbir !

Makkal Sakti !

Reformasi !

Ahad, 29 Mac 2009

PELIK UMNO, PELIK PAS, PELIK SEMUANYA


Dunia ini dipenuhi oleh benda-benda yang pelik. Ripley yang berpengkalan di Amerika boleh jadi Jutawan menjual idea-idea yang pelik-pelik ini, sampai boleh buat Museum. Di Malaysia pun banyak benda yang pelik-pelik ! Cuma Ripley's tak boleh simpan dalam Museumnya.

PELIK ORANG UMNO

1. Pemimpin yang terlibat dalam RASUAH (telah terbukti !) masih dipilih untuk dijadikan KETUA

2. TAK, JANGAN, DILARANG adalah untuk rakyat Malaysia selain UMNO, kalau anda UMNO percayalah, jangan takut untuk TAK IKUT peraturan semua tu.

3. Mahkamah, polis, SPRM, RTM, JPN, JKR, JKKP, KWSP, TH, FRU dsb adalah ibarat ibubapa, abangkakak, banker dan superman kedua anda. Serulah nama mereka ini bila anda perlu pertolongan, tapi nombor kodnya mestilah nombor pendaftaran keahlian UMNO anda.


4. Selain pembungkus nasi lemak, TONG SAMPAH boleh digunakan untuk memasukkan report rasuah oleh pembangkang yang dengki khianat tu, petisyen tandatangan rakyat yang suka buat demo tu, kertas undi pun boleh le jugak.


5. Bila ketua UMNO kata TAKDE projek mee segera, anda akan dapat tengok jentera mee bandung merata-rata.


6. Zaman meleset ke tak meleset ke duit tak pernah jadi masalah, heh setakat 5,6 billion tu, anytime. Nak beli coklat harga RM12,000 tu kecik hal je.


7. Jadi wakil rakyat satu penggal samalah macam dapat satu telaga minyak yang tak henti-henti mengalirkan aliran tunai yang membolehkan anda buat istana dan beli kereta yang membuntangkan mata wakil rakyat pembangkang yang koman tu.


PELIK ORANG PAS


1. Nampak macam lembik dan tua bangka tapi setakat nak minum air free FRU tu, tak de hal.


2. Ceramah dalam ghutan, dalam kebun kelapa sawit, hujan, ribut, lecah pun deme pergi. Dah tu asyik kena keluar duit derma pulak.


3. Pemimpin PAS kedekut, taik idung masin –tak pernah nak sponsor bas, kain batik / pelekat, nasi ayam free. Nak mimpi dapat AP, balak, tanah sawit, projek, tender, lesen, permit - jauh panggang dari api. Tak makan bodek lansung.


4. Keluar masuk Universiti Kemunting ngan Kolej Sungai Buluh, langsung deme tak insaf.


5. Tak reti guna kuasa untuk jadi kaya, sedara mara ( kroni ) lansung tak dapat habuan.


6. Tidak mesra SPRM. Fail lansung tak ada nama deme.


7. Nak bela semua kaum, isshhh, boleh ke, bela Melayu je tak leh ke...Bukan Melayu pulak sokong PAS, isshhh, camana nih? Tak kesian ke kat UMNO, nanti takde sape dah nak sokong deme...


LAIN-LAIN YANG PELIK...


1. Jalanraya yang dah siap, perlu dikorek semula supaya ada kontraktor yang dapat projek tempek jalan belubang.


2. Surau ngan masjid mesti diruntuh sekerap mungkin supaya ada kontraktor (yang lain le pulak) yang perlu diberi projek pembinaan semula. Pastu tunggu dekat pilihanraya panggil menteri atau sultan rasmi kali ke sepuluh, siap semua, kunci rapat-rapat. Nak sembahyang kat koridor pun ok, dah pasang jubin baru.


3. UPSR, PMR, SPM... boleh diubah graf sesuka hati asalkan menepati sesuatu dasar yang dijalankan. Macam PPSMI, turunkan graf, ramai le yang lulus subjek BI, Math dan Sains... sape kata ajor subjek dalam BI takde pekdah? Cakap!


4. Kecanggihan teknologi yang dikagumi dunia – mengira undi dari 700 perwakilan hanya memerlukan 6 jam SAHAJA, wah, tabik spring orang Jepun kat kita!


5. Kalu ada sesiapa yang dah meninggal dunia, selepas sepuluh atau lima puluh tahun, mereka adalah masih pengundi yang sah untuk PRU atau PRK. Keprihatinan pihak kerajaan kepada rakyat yang dah lama mati tak dibuat oleh negara lain.


6. Pasukan Polis Malaysia adalah kalis report – tak caya tanya Abang Mat Sabu ngan Abang Azmin. Berapa report polis yang deme dah buat...ada yang disiasat? Ingatkan baju je kalis peluru...



Sabtu, 21 Mac 2009

PANTUNS


High high sun eye
Cow son die tie
High dream tree guy
Son race shit die

Translated version:


Tinggi tinggi si matahari,
Anak kerbau mati tertambat
Tinggi sungguh impian menteri
Anak bangsa mati macam bangsat

Other pantuns

Kalau mike ke Lambor Kanan
Jangan lupe ke Rimba Raje
Rumah keme dah le tepi hutan
Pago tak ade, atap pun guni baje.

Duduk di Quarters Polis dan FRU
Ape takut semuenye ade
Melayu Cine India dan Melayu
Hidup susah tak macam kome




POOR TUN MAHATHIR !


Dr Mahathir, a longtime UMNO supremo, is very, no extremely, sad with UMNO. In his blogg, he expresses his deep thoughts and hopes for UMNO. I wish I could share his sadness, but my used-to-be role model had actually started it all. He set up the examples and people, no, his followers, just continue his reign, his “cultural deviation”. My sincererity, do something as much as you could, before they curse you to death.

The following are excepts from Mahathir’s blogg and we can conclude that UMNO is arriving at its final destination. The party is weak. Within 5 years under Abdullah, the party is broken into pieces. The government is weak and the people’s life is not perfect anymore. Their leaders only have one thing in mind – to win at all costs. Their hopes, to get contracts, which means money. It is very clear UMNO is full of corruptions. Candidates are bought. People from Divisions prioritize bribes. If Najib is the PM, he will eventually select corruptors in his cabinets and UMNO will be lost and forever be wiped out. Najib will kill UMNO, that his late father founded. The UMNO members must remember that there is no point of winning the selection if they cannot form a government. The Malays will curse UMNO for killing its supremacy. And it is all because of their greed and betrayal / treason towards the people and the country.


3. UMNO ..............dilihat sebagai parti yang tidak bermaya.

4. Dalam hanya lima tahun .............parti UMNO sudah rosak dan menjadi amat lemah. Seiring......Kerajaan juga menjadi lemah dan kehidupan rakyat sudah tidak lagi sempurna.


7. Sepatutnya ................yang UMNO tidak mempedulikan pemulihan parti dan pencapaian kemenangan dalam Pilihanraya Umum ke-13. Yang diutamakan ......menjadi pemimpin UMNO dengan apa cara sekalipun. Harapan .............dan dapat kontrak.......

8. Ternampak jelas ........adalah hasil sogokan. Ramai yang dicalon ........telah beli undi. Dengan itu peluang ................gagal kerana bahagian-bahagian utamakan sogokan. Peluang kedua .......juga tidak direbut.


13. Jika.... Najib memilih perasuah .............pimpinannya, UMNO akan kalah dan terus hancur. Najib akan .............pembunuh UMNO yang dihidupkan oleh ayahnya.

14. Ahli-ahli UMNO harus ingat tidak ada gunanya .............................jika BN kalah dan tidak dapat tubuh Kerajaan.

15. Orang Melayu akan kutuk ...............kerana mereka tamak dan mengkhianati bangsa dan negara.

Jumaat, 20 Mac 2009

KEMPEN DI BUKIT GANTANG DALAM BI


A very good day I bid to all of you.

My sincere apologies for being late due to the traffic congestion on my way to this magnificent hall of Changkat Jering. I hope all of you are in the pink of health. As a glokal citizen we must maintain a healthy lifestyle. We must stop eating "pickled fish" in Malay, "ikan pekasam" and alligator's eyes, or petai which are not good for a glokal citizen. As you all know the indexes of Dow Jones today has plunged a rock bottom and Nikkei also shows similar results. So, we Malaysians have to brace ourselves to face the impact of the downfalls.

You all know that we, the National Front party always put our priority to the people. We always take care of you. We spent billions of ringgit to upgrade the educational system, the hospitals, the roads and the list goes on. You can see even now we call all contractors to this place to pave roads top Bukit Gantang, to Changkat Ibol and even to Kampong Paya. The Taiping Hospital will be upgraded in a week or two. A new MRSM and Community College will be built at Sungai Tinggi and Air Kuning respectively.

Trust me, I know we can bring changes to you. We have even changed the minds of your ADUN's lately and they are very happy with us, and you should also be with us. Forget the "genuaks", "talang dried fish", "setang shoots", "beko shoots" and many other traditional delicacies. Change them to burgers, MacD, Hot Dog, Pizza, Cappuccino, Fish and Chip, Cole Slaw, Big Mac and many other western food to modernize you. We can change this Bukit Gantang to Bukit Bintang, Paya Nibung to Sapphire Street or yet we can have Broadway Street at Taiping Lake, to ensure those transitives to have a proper infamous place.

So ladies and gentlemen, I hope we will see again and adios.

MENGERIKAN !


CUBA BACA APA YANG DI TULIS OLEH ORANG-ORANG YANG MENGUTUK DAN MENCACI PAS DAN PKR. Betulke deme ni orang Melayu Islam ? Betul ke deme memperjuangkan Islam ? Kate orang Melayu berbudi Bahasa, Bersopan Santun, Bertatasusila, Beriman.... Takkan Melayu Hilang Di Dunia, Adakah ini Melayu Glokal ? Maa, teman sekadar copy and paste dari blogg: perakbangkit.blogspot

1. PAS sedang membawa imej ganas di Bukit Gantang. Itulah kekuatan PAS kini. Di kem tentera PAS di Changkat Ibol, semangat ala Memali sedang diterapkan.


2. Tentera "Memali 2" sedang digemblengkan. Pisau, kerambit dan parang sedang mereka asahkan. Asal bergesel saja, mereka pasti naik parang atas nama fisabilillah kununnya.

3. Dakyah Undi PAS Masuk Syurga dan BN tolak Kerajaan Islam adalah antara isu yang sdang dimainkan. Mereka mengatakan Undi BN adalah Kafir kerana BN merampas kuasa daripada sebuah Kerajan Islam di Perak. Lihatlah betapa mereka telah menjadi Penggadai Agama dan Menjual Ayat-ayat Allah dengan Harga yang Rendah.

4. Jentera PAS telah sebenarnya menjadi Tentera-tentera Syaithan dan Dajjal. Mereka ini bolehlah dikerat-keratkan jiwa mereka yang cacat dan dipenuhi kebodohan. Sesiapa yang berjumpa dengan makhluk PAS ini eloklah diludah dan dibaling sahaja kasut ke muka mereka.

5. Markaz PAS telah menjadi Markaz Ganaz PAS. Kekuatan mereka semakin bertambah kerana amarah sedang bergelodak dalam jiwa Nafs Muzabzab mereka.


6. Letak kera pun PAS boleh menang. Bukan setakat kera; letak pinggan mangkuk pun PAS boleh menang. Ada yang mencadangkan PAS meletakkan "Gambar Bogel Eliza" sebagai Calon kerana ianya pasti menang. Atau pun PAS boleh mencalonkan Iblis din Azazil sebagai Calon.


7. Kerajaan Islam di Perak ? MB aje Islam, speaker hindu, 6 lagi exco kafir harbi. Ini dinamakan kerajaan Islam. Ini petunjuk yang nyata dan jelas orang Islam sekarang diperkudakan oleh hindu dan kafir harbi.


8. PAS APA SUDAH JADI, APASAL GANAS SANGAT?
DEMI NIZAR SI KOMUNIS TU KE?

9. KORANG TAU TAK NIZAR TU PENGIKUT SYIAH....NIZAR TU CILAKA TAU...DIA BUKAN MELAYU PUN...DI CINA HARBII


10. TAPI NIZAR CINA HARBI TU SUKA MAKAN ITIK TAU...MUAHAHAHAAHA
HABIS DILACURKAN NEGERI PERAK SI NIZAR GAMPANG TU, DIA TU PATUT DI REJAM DENGAN BATU JE...MUAHAHAHAHAHA
MAPUH MU NIZAR HARBI


11. melayu pas dan pkr sedar ler jgn jadi mcm nizar yg nyata memang jenis lembu pun BODOH nya..apa yg nizar buat semua atas kehendak ngeh..nizar ni hanya balaci tukang cakap dan tukang turut je...tapi puak2 pas dan pkr pun dah jadi sama BODOH mcm nizar senang2 jadi lembu tunggangan dap..cina dan hindu dap dok gelak kat hangpa semua sebab BODOH mudah dipergunakan oleh dap...tgk la kebodohan puak korang lebih bodoh dari lembu..


12. lembu bodoh2 dia pun tgk kereta nak lalu siap bangun lari ketepi bagi kereta lalu..tapi puak2 pas dan pkr tengok kereta nak lalu siap gi baring dan guling2 tgh jalan tak ke BODOH? sekarang puak pas dan pkr dah lebih BODOH daripada lembu..tapi lembu BODOH pun tak apa ok lagi sebab binatang..tapi korang? fikir la sendiri sebab ALLAH swt sudah anugerahkan akal fikiran dapa korang...:)


13. pas menjadikan Islam sebagai alat untuk mendapatkan kuasa, bukan memperjuangkan Islam sebagai addin. contoh nizar, sanggup bersekongkol dap kafir harbi tapi takmahu bekerjasama dengan umno, saudara Islam, satu agama satu bangsa. orang melayu di caci di maki, tapi kafir harbi laknatullah di peluk dicium macam hadi dan kit siang, macam ketua muslimah dengan ratu telanjang elizabeth wong.

14. cina kafir, hindu sembah pokok sebagi perantaraan dengan tok pekong, nizar pun join sama, tanam pokok dan ajak orang lain (orang Islam) bayar niat ?

15. Ini semua antara sifat munafik pemimpin dan penyokong pas. nak sokong pas ? sorry. Saya hanya memperjuangkan Islam. ALLAHU AKBAR


16. kahkahkah hindu dap tu kunun nak bela melayu pas dan pkr lar tu..tapi kamu melayu pas dan pkr jgn jadi BODOH nanti senang2 diperBABIkan oleh cina dan hindu dap..jgn jadi macam si nizar senang2 dicucuk hidung oleh dap dan dijadikan babi tunggangan dap..semua keputusan ditentukan oleh ngeh yg si nizar ni sekadar mengangguk jer..opssssssssssssssssssssssssssssss lupa nak tanya si nizar tu dah pulangkan toyota camry ke belum? kekekeke cerdik la tu muka tak tahu malu ada hati nak pakai camry lagi..sedor le ko tu bukan mb perak lagi dah...kah kah kah kah sah le memang


17. kah kah kah PAKATAN RANJANG MEMANG THE BEST rasuah cipap rasuah segala galanya..

18. dgn cina bergambar tunjuk cipap pun puak melayu pas dan pkr masih sokong..dah le tu boyfriend melayu puak pkr juga..kah kah kah baik sangat la tu pakatan ranjang..puak pas mat sabu tertangkap dlm bilik 121 hotel dgn bini kawan pun lantik angkat jadi ulamak kahkah kah...tak ngaku berkhalwat dgn bini kawan alih2 bini kawan tu jadi bini dia jugak kahkah kah kah bersih latu mulia latu ulamak dgn bini kawan dok berdua duan dlm bilik hotel kah kah kah kah

19. sah le melayu pas dan pkr dah kena minum air kencing anwar berahi..
dah terang empunya bdan yg kena tutuh jubor dgn anwar mengaku siap bersumpah dan mahu jumpa anwar dimahkamah siap ngaku dah kena tutuh jubor pun puak pas dan pkr masih caya ckp anwar berahi jubor jantan.



PS: Gambo itu menunjukan kesan dari bertinggung atas jamban duduk. Jamban duduk tu boleh pecah sebab tak mampu menahan berat badan sepenuhnya. Jadi ambik kertas tisue dan letak atas cover jamban dan duduk. InsyaAllah selamat.

Rabu, 18 Mac 2009

ORGANISASI DAN HARAKIRI / SEPPUKU !


From answer.com: While the voluntary seppuku described above is the best known form, in practice the most common form of seppuku was obligatory seppuku, used as a form of capital punishment for disgraced samurai, especially for those who committed a serious offense such as unprovoked murder, robbery, corruption, or treason.Depending on the severity of the crime, half or all of the deceased's property could be confiscated.

In later years, Japanese officials would sometimes commit hara-kiri to protest a superior's decision. Like self-immolation, hara-kiri is meant to attract attention and show a willingness to sacrifice oneself for a greater cause.

From at least the 15th century, the Japanese emperor employed hara-kiri as a punishment, sending a messenger to give a ceremonial dagger to the person he wanted dead. The unlucky recipient had no choice, of course, but because the death was self-inflicted it was considered more honorable than ordinary execution.


Komen:

Ada siapa-siapa yang berani ? Atau ada yang dah kena ! Pemimpin yang betul-betul "kaizen" akan melakukan harakiri / seppuku ! ( Tak payah buat macam samurai tu, letak jawatan saje..... SETTLE !.

Ahad, 15 Mac 2009

BANYAK DUIT KOME ?


1. Beli baju angkasawan RM150,000.00

2. Beli jam Patek Philipe RM150,000.00

3. Beli stokin RM7,000.00

4. Beli beg LV RM 10,000.00

Sape kate orang Malaysia susah ?

Jangan terkejut satu hari nanti menara di atas pun deme boleh beli buat hadiah menang PRK !

Makcik Bi masih mengutip pucuk kangkong dan paku untuk dijual di Pekan Sehari Lambo Kanan. Dapatlah RM8.00. Kemudian datanglah Mat pengutip cukai tapak RM4.oo, Tinggal lah RM4.00 untuk belanja hari ini. Esok nak jual apa pulak? Esok tak ada pekan sehari ! Kutip pucuk ubi, rebus, cicah air asam dengan cabai burung, buat makan tengahari. Malam makan rebus ubi. Pagi minum teh tawar saje. Inilah makanan orang Kaya Lambo yang sakit jantung. Ayam, daging, udang, ikan bilih, tak boleh- kolestrol tinggi ! Gaut ! Darah Tinggi ! Atau memang tak mampu beli .....

Jumaat, 13 Mac 2009

JAWATAN KOSONG : SILENCER MULUT


Pengalaman: Tidak diperlukan

Gaji : Banyak, memang banyak ! beribu-ribu lion

Kekosongan : Sama banyak jumlah ahli PR !

Tugas : 1. Baca blogg

2. Pergi ceramah politik / agama

3. Baca akhbar2 PR

Target : Pemilik PC, Pelawat CC, Pengarang

Akhbar, Kaki Demo, Pengedar Risalah.....

A SAFE COUNTRY BEGINS WITH......

Rabu, 11 Mac 2009

POKOK ITU BERHANTU !

(pic ehsan mamamat)

Langsuyo, antu tinggi, jembalang tanah, antu kopek, penangga, antu bote, toyol dan berbaga jenih hantu kelihatan berpeleseran di atah pokok, tepi pokok, bawah pokok, dalam tanah bawah pokok dan persekitaran kawasan pokok yang pernah menjadi berita hangat di seluruh dunie. Walaupun pokok itu banyak hantu, tetapi masih berpusu-pusu manusia datang, berjembik-jembik, tak kire siang malam. Dari seluruh pelusuk dunia orang datang nak nengok rope mane pokok itu. Ade dari Bote, ade dari Segamat, ade dari Teluk Medan, ade dari Subang Jaya, ade dari Senawang, ade dari Kulim. Dari Kubang Pasu pun ade, tapi tak pasti orang mane. Kelmarin ade seorang pelancung dari Equatorial Guinea datang bersama-sama girlfriendnya. Minggu lepas ada seorang Mat Saleh dari Australia datang naik besika, tangkap gambo punyelah banyak. Ape yang best sangat pokok tu ?

Nun dari tingkap sebuah bangunan kaca, kira-kira 300 kaki dari pokok tersebut, sesusuk tubuh memerhatikan gelagat manusia yang datang untuk melihat pokok berhantu itu. Dia semakin heran. Setiap hari orang semakin ramai datang melawat pokok yang berhantu itu. Ini tak boleh jadi. Kelmarin dia dah suruh bomoh siam hanto 3 lori hantu siam untuk menakutkan orang-orang yang datang. Minggu lepas 4 orang bomoh telah digunakan untuk menanam sat nike jenih barang bawah pokok itu supaya setiap orang yang datang akan disakat oleh hantu-hantu yang berbagai jenih itu. Dia mahu setiap orang akan meragan atau ngigo bile balik ke rumah masing-masing. Bio deme tobat lahom nak datang lagi....

Nampaknya Plan A tak jadi. Orang semakin ramai. Baik kecik, baik beso. Baik Cine, baik India, baik Jawa, baik Banjo, baik Asli, baik Jepun. Semue ade. Ade yang siap berkelah di bawah pokok itu. Dah ade orang jua ayo tebu dan koci untuk orang yang datang ke situ. Jangan lepah ini ade orang jua bihun sup gearbox udah. Lepah tu siap ade gerai jual VCD terbaru Krisis Perak udah le. Haru biru kome ! (Kenape tak haru hijau ? atau haru merah ? ) Letak antu Cina macam dalam cerita "Chinese Ghostbuster" pun tak nyadi. Punyale suspense die ngikut bomo Chine mengikat antu yang terloncat-loncat tu dibawah pokok itu tapi tak juge jadi. Antu dari tanah seberang punyele banyak diimpot, 3 kapa beso. Penuh. Sunderbolong, Pontianak, Toyol, dan macam-macam lagi yang tak ponoh ade di Perak ini dilonggokan di bawah pokok itu. Kalau le kome dapat nengok dengan mate kaso, keluo taik hijau dibuatnye. Orang datang tak suang-suang...

Plan B.....

Selasa, 10 Mac 2009

SERONOK KE HIDUP MACAM NI ?


File 1. Seorang lelaki tua terpaksa keluar malam untuk ke Secret Recipe untuk menikmati Light Capucino kegemarannya bersama-sama sepotong Cinnamon Cheese Cake. Setelah ramai orang memerhatikan mereka bertiga dengan pandangan yang semakin tajam, beliau bergegas keluar selepas pembantunya membayar harga makanan. Beberapa orang mula bangun dan mengekori mereka. Mujurlah Brabus baru berwarna hitam sampai tepat pada waktunya dan melompatlah mereka. Kereta itu hilang dari pandangan ramai (ada yang mula memegang kayu dan apa saja yang ada). Dia teringat rumah kampung di Lambor Kiri yang terpaksa ditutup rapat seolah-olah penghuninya mengidap penyakit sopak atau kusta. Dia teringat kata-kata isterinya tentang hidup dan mati, halal dan haram, kubur yang semakin dekat dan janji-janjinya dulu.... Isterinya mengajak dia ke Mekah untuk bertaubat, untuk menginsafi perbuatannya, untuk bermunajat kepada Allah. Untuk bermuhasabah... Dia teringat bagaimana dia menengking isterinya dengan kata-kata yang tidak pernah dilemparkan kepada isterinya yang telah bersama-samanya 45 tahun, susah dan senang sebelum ini. Isterinya hanya mampu mengalirkan airmata sambil teringat ibu mentuanya yang semakin tua, semakin, semakin hampir...

File 2. Seorang wanita yang berjalan ter***** _***** keluar dari perut Mercedes E240 yang bernombor W** ** setelah menunggu kira-kira 10 minit memerhatikan keadaan sekeliling untuk memastikan samada selamat atau tidak. Beliau diiringi oleh pembantunya menuju ke pejabat barunya setelah mereka dihalau oleh tuan tanah pejabat lamanya. Dua tiga orang berkulit cerah mula perasan kehadirannya. Mereka mula mengeluarkan sumpah seranah dalam bahasa yang mereka saja yang faham. Orang mula berkumpul dan ada yang cuba menghampiri si wanita kaya tersebut tetapi suaminya sempat menarik isterinya masuk ke kereta dan kesihanlah pembantu Melayunya menjawab soalan-soalan yang tak termampu dijawab olehnya. Wanita itu terkejut melihat orang-orang yang masih menghamborkan kata-kata kesat terhadapnya dari kereta barunya. Ada seorang apek tua membaling sayur kangkung ke keretanya. Nasib baik kangkung, kalau batang paip ? Mengalir air matanya sambil teringatkan ibubapanya yang terpaksa berpisah dari kawan-kawan rapat mereka yang bersama-sama menaiki tongkang dari Tongsan 60 tahun yang lalu. Kesian orang tua itu kerana tidak dapat makan sayur kailan dan sayur masin kerana penjual-penjual di pasar enggan menjual kepada mereka. Kesian mereka kerana terpaksa tinggal di dalam "sangkar emas", jauh di tengah kota, nun sayup di tinggkat 25. Wanita itu merenung jauh........ Kalaulah...

File 3. Seorang lelaki tua merenung jauh dari Bilik 12, hospital swasta di ibu kota, tempat dia mendapat rawatan jantungnya yang semakin lemah. Sebentar tadi doktor pakar mengesahkan bahawa kesan dari tabiat merokoknya selama 45 tahun telah menyebabkan jantungnya semakin lemah. Injap -injapnya semakin tersumbat untuk darah keluar masuk. Pembedahan pintasan perlu dibuat tetapi bukan di negara ini kerana injap-injap jantungnya perlu diganti dengan injap sintetik. Peluang untuk berjaya juga amatlah tipis. Beliau merenung jauh teringatkan Mak Long di Changkat Jong, kampung halamannya yang sekian lama tidak dijengahnya. Pekan sehari Changkat Jongg menjadi tempat dia bertemu orang-orang kampung sambil menikmati pecal dan laksa buyung. Selalunya dia akan membeli sedikit ikan lampam pekasam beras untuk isterinya di rumah di Jalan Air Kuning. Kini semuanya hanya tinggal kenangan. Isteri dan anak-anaknya menjadi ikan emas di kolam ikan! Nun jauh di tingkat atas Condominium di tengah kota, 300km dari Changkat Jong.........

File 4. Seorang lelaki yang berambut jarang memerhatikan ikan-ikan Kap Jepun yang baru dibelikan oleh pembantu Indonesianya di rumah agam yang tersergam indah di pinggir kota raya. "Seronokkah ikan-ikan itu berenang-renang tetapi berpusing-pusing di tepat yang sama? " Sambil membaca blog-blog yang memuatkan cerita-cerita tentang dirinya yang telah menjadi kaya di skrin laptop SONYnya, dia termenung jauh. Teringatkan satu "komen" dari seseorang yang menggelarkan diri sebagai "pak super" yang berbunyi " kalau kamu balik ke mari, akan akan cincang kamu hidup-hidup..........." Sanggupkah "pak super" tu mencincangnya seperti yang berlaku kepada Datuk Mazlan dulu? Ada seorang lagi tu kata, dia akan menghantar "santau angin" kepadanya. Sebab itulah dia tidak lagi berani menikmati nasi beriani atau pesembur mamak macam dulu-dulu di gerai-gerai mamak atau di tepi-tepi jalan. Orang kampungnya memang ramai pandai ilmu santau. Terpaksalah isterinya menyediakan nasi beriani dan pesembur yang sudah tentu tidak sedap ! Anak-anaknya mula "complain" tak dapat keluar rumah. Mereka sudah jemu main PS3, XBox atau melayari intenet. Mereka mahu balik berjumpa kawan-kawan lama, mahu bermain seremban, mahu main......... Sudah jemu makan Pizza di ruang tamu rumah itu.... sudah jemu makan beriani ibu mereka yang tak sesedap mamak di Jalan Pejabat Pos, depan padang sekolah. Lelaki tua itu menggaru kepalanya yang semakin jarang rambutnya........ Dia merenung ikan-ikan itu kembali.


Sekadar berhikayat........

Isnin, 9 Mac 2009

SEBENARNYA MEREKA RISAU TENTANG...


Teman sedih bila melihat pejuang-pejuang Bahasa Melayu dihambat seperti orang jahat, seperti penjenayah atau penderhaka kepada negara. Sedarkah pehak polis dan FRU bahawa anak-anak mereka terlibat sama kesan dari PPSMI yang diperkenalkan 6 tahun yang lalu ? Sebenarnya PPSMI ini baik. Kalau dibuat secara teratur, ianya sangat BAIK untuk kebaikan negara.

Kenapa orang Cina dan India tidak menentang PPSMI ? Di sekolah Cina dan Tamil PPSMI tetap dijalankan. Komputer dan LCD serta makmal komputer dibina untuk mengkayakan beberapa orang teknokrat di KL. Runtuh ke, retak ke, tak siap ke, rosak ke, itu tak menjadi hal. Yang penting duit dapat. Di sekolah Cina atau Tamil matepelajaran Sains dan Matematik diajar di dalam dua bahasa, Bahasa Ibunda (Tamil atau Cina) dan Bahasa Inggeris. Mereka untung kerana pengukuhan dalam kedua-dua matapelajaran itu terjamin kerana pelajar-pelajar diajar 2 kali ganda dari sekolah kebangsaan (Melayu). Katalah 5 waktu dalam Bahasa Inggeris dan 5 waktu dalam bahasa ibunda. Pelajar Melayu belajar dalam 5 waktu sahaja dalam Bahasa Inggeris.

Masalah sebenarnya adalah pelajar kita tidak dapat menguasai kedua-dua matapelajaran Sains dan Matematik kerana diajar dalam bahasa Inggeris. Kesan yang paling teruk ialah pelajar-pelajar tidak dapat menguasai Matematik dan Sains kerana diajar dalam bahasa Inggeris. Mangsanya adalah orang-orang Melayu kerana mereka lansung tidak paham apa yang diajar oleh guru-guru Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris. Beratus ribu rakyat yang menuntut PPSMI itu mahukan Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Melayu.

Sebagai pendidik di sebuah universiti teknologi di sini saya dapati pelajar-pelajar yang mendapat A dalam Sains Teras dan Matematik dalam SPM amat lemah dalam kedua-dua subjek tersebut. Bila dilihat jumlah A dalam slip SPM, memang mereka tergolong dalam golongan "genius" tetapi apabila ditanya soalan mudah, mereka tidak dapat menjawab. Kami terpaksa mengajar banyak asas-asas Sains dan Matematik kerana mereka tidak paham.

Pensyarah bahasa Inggeris juga menghadapi masalah yang sama kerana pelajar-pelajar yang mendapat A dalam bahasa Inggeris tidak menepati kritera yang dikehendaki. Kadangkala kami tidak dapat menerima hakikat yang pelajar-pelajar kami adalah "top-scorer" di sekolah mereka. Pelajar-pelajar Cina dan India amat berbeza kerana penguasaan mereka dalam Sains dan Matematik amat memberangsangkan. Memanglah mereka lebih berjaya kerana mereka diajar dalam 2 bahasa.

Amat sedih bagi pelajar-pelajar luar bandar kerana mereka tidak dapat memahami apa yang diajar oleh cikgu mereka. Mereka menjadi "confused" kerana mereka tidak tahu apa yang hendak dipelajari, Matematik ke atau Bahasa Inggeris kerana mereka kedua-duanya mereka tidak paham.

Saya pernah menjadi guru pembimbing Bahasa Inggeris untuk guru-guru Sains dan Matematik bila PPSMI dimulakan. MasyaAllah, mereka sudah berbelas tahun mengajar dalam Bahasa Melayu, dalam sekelip mata nak tukar dalam B.Inggeris. Mereka terpaksa kurangkan fokus kepada content (isi) supaya mereka boleh tinkatkan language (penyampaian dalam bahasa Inggeris) - memang ramai yang give-up. Saya tak menyalahkan mereka. Latihan yang diberikan kepada mereka sangat minima untuk membolehkan mereka mengajar subjek tersebut didalam BI secara berkesan - tanpa memalukan diri mereka dihadapan pelajar kerana BI mereka yang begitu ketara lemah.

Sahabat di sebuah universiti awam telah membuat kajian tahunannya tentang PPSMI di beberapa buah sekolah di sebuah daerah di Perak dan hasil dapatannya, PPSMI gagal. Mereka telah membentangkan hasil kajian dan kertas kerja telah pun dihantar ke Kl tetapi apa yang berlaku selepas itu, hanya tuhan yang tahu. Itu tiga tahun yang lalu.

Akhirnya Matematik gagal, Sains lingkup, Bahasa Inggeris pun hancur. Pelajar-pelajar Melayu termasuklah anak Polis dan FRU yang TERLUNGKUP.....


Yang berjaya, pembekal LCD dan Laptop yang tutup syarikat setelah dapat bayaran membekalkan perlatan tersebut. Rosak ke, tak siap ke........ WHO CARES!


(Tq ardimar for the pic)

Rabu, 4 Mac 2009

PEJUANG MELAYU KE NI ?

Teman "suka" nyakat mamat seko ni (maaf le bahasa teman) . Kalau UMNO bangga sangat mempunyai "pahlawan-pahlawan" macam ini, baik le tak usah jadi "Pembela Melayu". Buat malu Bangsa Melayu. Ini bukan budaya Melayu, ini bukan yang cikgu-cikgu Melayu ajar di sekolah. Orang-orang Melayu tak pernah menjiwai budaya macam ini. Orang Melayu hormat-menghormati, sayang menyayangi, bersopan santun dan berbudi bahasa. Tapi kalau ini yang diajarkan oleh pemimpin-pemimpin mereka, GENERASI MELAYU AKAN DATANG AKAN HANCUR ! MUSNAH ! PUNAH !
Alangkah hancurnya hati anak-anak dan saudara mara mamat sorang ini melihat aksinya. Atau pun memang diaj.....

Footnote: Gambar dari Kampungsengat

Selasa, 3 Mac 2009

THE TRUE MALAY WARRIOR


Bila nengok entah bapak sape ke (Kesian mak bapak die), teman teringat cerita tentang kepahlawan Melayu. Adakah kutu ni Pahlawan Melayu? Berani bila ada PDRM di belakang dia. Kalau betul lah dia orang PEKIDA, check balik asal usul dan objektif penubuhan PEKIDA. Betul ke ?

Teman terbaca kolum Raja Petra: "And to Nizar, well done. We were in Perak today and we are very honoured to have witnessed history in the making. This is the first time in history that a legitimate government was forced to conduct its business under a tree. I am going to propose a ceremony to place a bronze plaque under that tree so that generations to come can get to see the spot where the people took back power from the government, minus the bloodshed as well."

"This is Peoples’ Power in the true sense of the word. Syabas. I am proud of you, Nizar. By the powers invested in me, I now proclaim you an Honorary Bugis Warrior."

To me he is not just a Bugis warrior, he is a true Malay warrior, Indian warrior, Chinese warrior and the the best is, this man is a true Peoples' Warrior.

A Warrior who defends his people NOT his pockets, NOT his cronies, NOT his families.... What say you PEKIDA ?