Isnin, 9 Mac 2009

SEBENARNYA MEREKA RISAU TENTANG...


Teman sedih bila melihat pejuang-pejuang Bahasa Melayu dihambat seperti orang jahat, seperti penjenayah atau penderhaka kepada negara. Sedarkah pehak polis dan FRU bahawa anak-anak mereka terlibat sama kesan dari PPSMI yang diperkenalkan 6 tahun yang lalu ? Sebenarnya PPSMI ini baik. Kalau dibuat secara teratur, ianya sangat BAIK untuk kebaikan negara.

Kenapa orang Cina dan India tidak menentang PPSMI ? Di sekolah Cina dan Tamil PPSMI tetap dijalankan. Komputer dan LCD serta makmal komputer dibina untuk mengkayakan beberapa orang teknokrat di KL. Runtuh ke, retak ke, tak siap ke, rosak ke, itu tak menjadi hal. Yang penting duit dapat. Di sekolah Cina atau Tamil matepelajaran Sains dan Matematik diajar di dalam dua bahasa, Bahasa Ibunda (Tamil atau Cina) dan Bahasa Inggeris. Mereka untung kerana pengukuhan dalam kedua-dua matapelajaran itu terjamin kerana pelajar-pelajar diajar 2 kali ganda dari sekolah kebangsaan (Melayu). Katalah 5 waktu dalam Bahasa Inggeris dan 5 waktu dalam bahasa ibunda. Pelajar Melayu belajar dalam 5 waktu sahaja dalam Bahasa Inggeris.

Masalah sebenarnya adalah pelajar kita tidak dapat menguasai kedua-dua matapelajaran Sains dan Matematik kerana diajar dalam bahasa Inggeris. Kesan yang paling teruk ialah pelajar-pelajar tidak dapat menguasai Matematik dan Sains kerana diajar dalam bahasa Inggeris. Mangsanya adalah orang-orang Melayu kerana mereka lansung tidak paham apa yang diajar oleh guru-guru Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris. Beratus ribu rakyat yang menuntut PPSMI itu mahukan Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Melayu.

Sebagai pendidik di sebuah universiti teknologi di sini saya dapati pelajar-pelajar yang mendapat A dalam Sains Teras dan Matematik dalam SPM amat lemah dalam kedua-dua subjek tersebut. Bila dilihat jumlah A dalam slip SPM, memang mereka tergolong dalam golongan "genius" tetapi apabila ditanya soalan mudah, mereka tidak dapat menjawab. Kami terpaksa mengajar banyak asas-asas Sains dan Matematik kerana mereka tidak paham.

Pensyarah bahasa Inggeris juga menghadapi masalah yang sama kerana pelajar-pelajar yang mendapat A dalam bahasa Inggeris tidak menepati kritera yang dikehendaki. Kadangkala kami tidak dapat menerima hakikat yang pelajar-pelajar kami adalah "top-scorer" di sekolah mereka. Pelajar-pelajar Cina dan India amat berbeza kerana penguasaan mereka dalam Sains dan Matematik amat memberangsangkan. Memanglah mereka lebih berjaya kerana mereka diajar dalam 2 bahasa.

Amat sedih bagi pelajar-pelajar luar bandar kerana mereka tidak dapat memahami apa yang diajar oleh cikgu mereka. Mereka menjadi "confused" kerana mereka tidak tahu apa yang hendak dipelajari, Matematik ke atau Bahasa Inggeris kerana mereka kedua-duanya mereka tidak paham.

Saya pernah menjadi guru pembimbing Bahasa Inggeris untuk guru-guru Sains dan Matematik bila PPSMI dimulakan. MasyaAllah, mereka sudah berbelas tahun mengajar dalam Bahasa Melayu, dalam sekelip mata nak tukar dalam B.Inggeris. Mereka terpaksa kurangkan fokus kepada content (isi) supaya mereka boleh tinkatkan language (penyampaian dalam bahasa Inggeris) - memang ramai yang give-up. Saya tak menyalahkan mereka. Latihan yang diberikan kepada mereka sangat minima untuk membolehkan mereka mengajar subjek tersebut didalam BI secara berkesan - tanpa memalukan diri mereka dihadapan pelajar kerana BI mereka yang begitu ketara lemah.

Sahabat di sebuah universiti awam telah membuat kajian tahunannya tentang PPSMI di beberapa buah sekolah di sebuah daerah di Perak dan hasil dapatannya, PPSMI gagal. Mereka telah membentangkan hasil kajian dan kertas kerja telah pun dihantar ke Kl tetapi apa yang berlaku selepas itu, hanya tuhan yang tahu. Itu tiga tahun yang lalu.

Akhirnya Matematik gagal, Sains lingkup, Bahasa Inggeris pun hancur. Pelajar-pelajar Melayu termasuklah anak Polis dan FRU yang TERLUNGKUP.....


Yang berjaya, pembekal LCD dan Laptop yang tutup syarikat setelah dapat bayaran membekalkan perlatan tersebut. Rosak ke, tak siap ke........ WHO CARES!


(Tq ardimar for the pic)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan