Isnin, 30 Mac 2009

Diary 40 minit Changkat Jering-Batu Hampar

Rumah Mak Long, ambik bendera PAS satu,
Pasang kat kereta, megah teman megah AGQ,
Muslimat T'ganu mari meraih undi kat Pecah Batu,
Batu keras, tak cair2 dek DS Nizar tu,
Mungkin deme dah dapat kain 2,3 kayu,
Buat Expo sebelah masjid berkaraOK 2,3 lagu,
Malu, sedih Mak Long tengok, deme buat2 tak tau,
Ekspo sana, ekspo sini, orang Siam ramai, Pengundi Hantu ?
Entahle SPRAM, PDRM, JPN buat2 tak tau.

Changkat Jering Polis, FRU duduk berkampung,
Tegak berdiri Polis Trafik jaga lalu lalang,
Rumah Jins Samsuddin tak jadi Bilik Gerakan,
Simpang ke PLUS kete banyak susah nak lalu.
Mercedes, BMW, Volvo, Alphad, Proton tak malu.
Sekali 5 tahun, PRK P59, jenguk2 selalu.

Atas jambatan, bendera PAS tegak, bendera BN dah terkulai layu,
Buah doyan ade, mari mane? Kalau tanya aku tak mampu,
Markaz PAS ramai, petugas sibuk dok tebang kayu,
Seberang jalan Bilik Gerakan tak ada orang, yang ada hantu?
Bendera berkibar, poster direntang, ada pulak gambar si Jailu?
Najib, Muhyidin, Ismail , Altantuya pun ade? Ke lia munya hantu?

Gambar Najib tegak berdiri, bertiangkan kayu,
Seperti kuat, setelah Cet Det kembali merayu?
Tapi sayang sepanjang perjalanan semuanya tumbang, dilanggo hantu?
Nak letak gambarnya tak mampu teman, biorle macam tu.

Petugas PAS berkepiah putih, bertopi comel Unit Amal ku,
Tak kira panas, hujan, ribut, tak ade hal bagiku,
Bendera, poster, kain rentang, panjat pokok, tiada upah buatku,
Bukit Uhud akan kupertahankan, menyerah kalah tidak akan berlaku,
Tak ada imbuhan, kain, duit, rokok, nasi pun kena catu.....

Lori hon, mat motor hon, Cina apek lambai, melihat bendera PASku,
Mat di Estet Sg Tinggi bangkit, melaung, TAKBIR ! Betui ke tu?
Berkibar indah AGQ menuju laju ke kampung asalku,
Misi membantu Markaz Ce Id (Tuan Guru Haji Said), Rumah mentuaku,
Bawa bekalan, ituje yang mampu, berdoa dan updatekan bloggku,

Sampai Bruas bini telefon, "Simpankan bendera PAS tu !"
Dah keluar kawasan, tapi orang masih hon, lambai kat aku !
Sedih nak simpan, tapi lebih baik ikut kata biniku,
Nanti seluruh taman riuh, Nanti malam tido luar kelambu !
Sampai rumah teman lega, seronok, puas hatiku....
Tak dapat dekat, dari jauh, internet, sms, pengubat rindu,

Sahabat, saudara, semoga Allah memberkati Muslimin, Muslimah selalu,
P059, DS Ir Nizar, Allah memilih tuan buat Kalifah di bumiku,
Takbir, Makkal Sakti, Refomasi, laungan keramat, yang UMNO takut tu,
Jom kite ramai-ramai, berdoa, bermunajat, kepada Allah yang satu,
Selamat berjuang semoga kita sentiasa berpadu.....

Takbir !

Makkal Sakti !

Reformasi !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan