Dunia ini dipenuhi oleh benda-benda yang pelik. Ripley yang berpengkalan di Amerika boleh jadi Jutawan menjual idea-idea yang pelik-pelik ini, sampai boleh buat Museum. Di Malaysia pun banyak benda yang pelik-pelik ! Cuma Ripley's tak boleh simpan dalam Museumnya.
PELIK ORANG UMNO
1. Pemimpin yang terlibat dalam RASUAH (telah terbukti !) masih dipilih untuk dijadikan KETUA
2. TAK, JANGAN, DILARANG adalah untuk rakyat Malaysia selain UMNO, kalau anda UMNO percayalah, jangan takut untuk TAK IKUT peraturan semua tu.
3. Mahkamah, polis, SPRM, RTM, JPN, JKR, JKKP, KWSP, TH, FRU dsb adalah ibarat ibubapa, abangkakak, banker dan superman kedua anda. Serulah nama mereka ini bila anda perlu pertolongan, tapi nombor kodnya mestilah nombor pendaftaran keahlian UMNO anda.
5. Bila ketua UMNO kata TAKDE projek mee segera, anda akan dapat tengok jentera mee bandung merata-rata.
6. Zaman meleset ke tak meleset ke duit tak pernah jadi masalah, heh setakat 5,6 billion tu, anytime. Nak beli coklat harga RM12,000 tu kecik hal je.
7. Jadi wakil rakyat satu penggal samalah macam dapat satu telaga minyak yang tak henti-henti mengalirkan aliran tunai yang membolehkan anda buat istana dan beli kereta yang membuntangkan mata wakil rakyat pembangkang yang koman tu.
PELIK ORANG PAS
1. Nampak macam lembik dan tua bangka tapi setakat nak minum air free FRU tu, tak de hal.
2. Ceramah dalam ghutan, dalam kebun kelapa sawit, hujan, ribut, lecah pun deme pergi. Dah tu asyik kena keluar duit derma pulak.
3. Pemimpin PAS kedekut, taik idung masin –tak pernah nak sponsor bas, kain batik / pelekat, nasi ayam free. Nak mimpi dapat AP, balak, tanah sawit, projek, tender, lesen, permit - jauh panggang dari api. Tak makan bodek lansung.
4. Keluar masuk Universiti Kemunting ngan Kolej Sungai Buluh, langsung deme tak insaf.
5. Tak reti guna kuasa untuk jadi kaya, sedara mara ( kroni ) lansung tak dapat habuan.
6. Tidak mesra SPRM. Fail lansung tak ada nama deme.
7. Nak bela semua kaum, isshhh, boleh ke, bela Melayu je tak leh ke...Bukan Melayu pulak sokong PAS, isshhh, camana nih? Tak kesian ke kat UMNO, nanti takde sape dah nak sokong deme...
LAIN-LAIN YANG PELIK...
1. Jalanraya yang dah siap, perlu dikorek semula supaya ada kontraktor yang dapat projek tempek jalan belubang.
2. Surau ngan masjid mesti diruntuh sekerap mungkin supaya ada kontraktor (yang lain le pulak) yang perlu diberi projek pembinaan semula. Pastu tunggu dekat pilihanraya panggil menteri atau sultan rasmi kali ke sepuluh, siap semua, kunci rapat-rapat. Nak sembahyang kat koridor pun ok, dah pasang jubin baru.
3. UPSR, PMR, SPM... boleh diubah graf sesuka hati asalkan menepati sesuatu dasar yang dijalankan. Macam PPSMI, turunkan graf, ramai le yang lulus subjek BI, Math dan Sains... sape kata ajor subjek dalam BI takde pekdah? Cakap!
4. Kecanggihan teknologi yang dikagumi dunia – mengira undi dari 700 perwakilan hanya memerlukan 6 jam SAHAJA, wah, tabik spring orang Jepun kat kita!
5. Kalu ada sesiapa yang dah meninggal dunia, selepas sepuluh atau lima puluh tahun, mereka adalah masih pengundi yang sah untuk PRU atau PRK. Keprihatinan pihak kerajaan kepada rakyat yang dah lama mati tak dibuat oleh negara lain.
6. Pasukan Polis Malaysia adalah kalis report – tak caya tanya Abang Mat Sabu ngan Abang Azmin. Berapa report polis yang deme dah buat...ada yang disiasat? Ingatkan baju je kalis peluru...
hahaha...melucukan...
BalasPadamlg satu..pejuang bangsa melayu..tp nama parti omputih..x ke pelik tuh..