Selasa, 10 Mac 2009

SERONOK KE HIDUP MACAM NI ?


File 1. Seorang lelaki tua terpaksa keluar malam untuk ke Secret Recipe untuk menikmati Light Capucino kegemarannya bersama-sama sepotong Cinnamon Cheese Cake. Setelah ramai orang memerhatikan mereka bertiga dengan pandangan yang semakin tajam, beliau bergegas keluar selepas pembantunya membayar harga makanan. Beberapa orang mula bangun dan mengekori mereka. Mujurlah Brabus baru berwarna hitam sampai tepat pada waktunya dan melompatlah mereka. Kereta itu hilang dari pandangan ramai (ada yang mula memegang kayu dan apa saja yang ada). Dia teringat rumah kampung di Lambor Kiri yang terpaksa ditutup rapat seolah-olah penghuninya mengidap penyakit sopak atau kusta. Dia teringat kata-kata isterinya tentang hidup dan mati, halal dan haram, kubur yang semakin dekat dan janji-janjinya dulu.... Isterinya mengajak dia ke Mekah untuk bertaubat, untuk menginsafi perbuatannya, untuk bermunajat kepada Allah. Untuk bermuhasabah... Dia teringat bagaimana dia menengking isterinya dengan kata-kata yang tidak pernah dilemparkan kepada isterinya yang telah bersama-samanya 45 tahun, susah dan senang sebelum ini. Isterinya hanya mampu mengalirkan airmata sambil teringat ibu mentuanya yang semakin tua, semakin, semakin hampir...

File 2. Seorang wanita yang berjalan ter***** _***** keluar dari perut Mercedes E240 yang bernombor W** ** setelah menunggu kira-kira 10 minit memerhatikan keadaan sekeliling untuk memastikan samada selamat atau tidak. Beliau diiringi oleh pembantunya menuju ke pejabat barunya setelah mereka dihalau oleh tuan tanah pejabat lamanya. Dua tiga orang berkulit cerah mula perasan kehadirannya. Mereka mula mengeluarkan sumpah seranah dalam bahasa yang mereka saja yang faham. Orang mula berkumpul dan ada yang cuba menghampiri si wanita kaya tersebut tetapi suaminya sempat menarik isterinya masuk ke kereta dan kesihanlah pembantu Melayunya menjawab soalan-soalan yang tak termampu dijawab olehnya. Wanita itu terkejut melihat orang-orang yang masih menghamborkan kata-kata kesat terhadapnya dari kereta barunya. Ada seorang apek tua membaling sayur kangkung ke keretanya. Nasib baik kangkung, kalau batang paip ? Mengalir air matanya sambil teringatkan ibubapanya yang terpaksa berpisah dari kawan-kawan rapat mereka yang bersama-sama menaiki tongkang dari Tongsan 60 tahun yang lalu. Kesian orang tua itu kerana tidak dapat makan sayur kailan dan sayur masin kerana penjual-penjual di pasar enggan menjual kepada mereka. Kesian mereka kerana terpaksa tinggal di dalam "sangkar emas", jauh di tengah kota, nun sayup di tinggkat 25. Wanita itu merenung jauh........ Kalaulah...

File 3. Seorang lelaki tua merenung jauh dari Bilik 12, hospital swasta di ibu kota, tempat dia mendapat rawatan jantungnya yang semakin lemah. Sebentar tadi doktor pakar mengesahkan bahawa kesan dari tabiat merokoknya selama 45 tahun telah menyebabkan jantungnya semakin lemah. Injap -injapnya semakin tersumbat untuk darah keluar masuk. Pembedahan pintasan perlu dibuat tetapi bukan di negara ini kerana injap-injap jantungnya perlu diganti dengan injap sintetik. Peluang untuk berjaya juga amatlah tipis. Beliau merenung jauh teringatkan Mak Long di Changkat Jong, kampung halamannya yang sekian lama tidak dijengahnya. Pekan sehari Changkat Jongg menjadi tempat dia bertemu orang-orang kampung sambil menikmati pecal dan laksa buyung. Selalunya dia akan membeli sedikit ikan lampam pekasam beras untuk isterinya di rumah di Jalan Air Kuning. Kini semuanya hanya tinggal kenangan. Isteri dan anak-anaknya menjadi ikan emas di kolam ikan! Nun jauh di tingkat atas Condominium di tengah kota, 300km dari Changkat Jong.........

File 4. Seorang lelaki yang berambut jarang memerhatikan ikan-ikan Kap Jepun yang baru dibelikan oleh pembantu Indonesianya di rumah agam yang tersergam indah di pinggir kota raya. "Seronokkah ikan-ikan itu berenang-renang tetapi berpusing-pusing di tepat yang sama? " Sambil membaca blog-blog yang memuatkan cerita-cerita tentang dirinya yang telah menjadi kaya di skrin laptop SONYnya, dia termenung jauh. Teringatkan satu "komen" dari seseorang yang menggelarkan diri sebagai "pak super" yang berbunyi " kalau kamu balik ke mari, akan akan cincang kamu hidup-hidup..........." Sanggupkah "pak super" tu mencincangnya seperti yang berlaku kepada Datuk Mazlan dulu? Ada seorang lagi tu kata, dia akan menghantar "santau angin" kepadanya. Sebab itulah dia tidak lagi berani menikmati nasi beriani atau pesembur mamak macam dulu-dulu di gerai-gerai mamak atau di tepi-tepi jalan. Orang kampungnya memang ramai pandai ilmu santau. Terpaksalah isterinya menyediakan nasi beriani dan pesembur yang sudah tentu tidak sedap ! Anak-anaknya mula "complain" tak dapat keluar rumah. Mereka sudah jemu main PS3, XBox atau melayari intenet. Mereka mahu balik berjumpa kawan-kawan lama, mahu bermain seremban, mahu main......... Sudah jemu makan Pizza di ruang tamu rumah itu.... sudah jemu makan beriani ibu mereka yang tak sesedap mamak di Jalan Pejabat Pos, depan padang sekolah. Lelaki tua itu menggaru kepalanya yang semakin jarang rambutnya........ Dia merenung ikan-ikan itu kembali.


Sekadar berhikayat........

1 ulasan:

  1. Salam Ude

    Teman ker itu .. opps bukan .. emak teman tak gheti nyemat atap.
    Teman ker itu .. opps bukan .. teman mengholoh di dango, bukan di Jelapang
    Teman ker itu .. opps bukan .. teman makan Laksa Pak Ngah di Talang jer
    Teman ker itu .. opps bukan .. teman takler gelap bebenor
    Aaaa .. citer Mamat nak tlong anak yatim tu .. betui kut?

    BalasPadam