'Dipetik dari MStar'
"Saya Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan Perak, ini proses yang jelas tetapi ada yang putar belitkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Membina Negara Bangsa peringkat negeri di sini hari ini. Zambry berkata demikian kepada pemberita selepas diminta mengulas tentang pertanyaan peserta program berkenaan mengenai kedudukan beliau sebagai Menteri Besar dan bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Sebagai rakyat Perak kami mahukan MB yang dilantik oleh rakyat marhaen bukan oleh ................
Kerana berjuta-juta rakyat Perak sudah mengidamkan MB yang diterima rakyat dimana sahaja. MB yang tidak perlu dikelilingi polis dan senjata, MB yang boleh membaca kutbah dan menjadi imam yang setia, tanpa protokol dan bersahaja, mempunyai peminat dari berbagai bangsa. Bukan harta, tahta, wanita dan nama habuannya. Rakyat menjadi amanat utama. Kenapa manusia masih berkata-kata, cacat cela yang dicari dicerca, 50 tahun rakyat Perak menderita, harta bumi habis dijaja, rakyat Perak miskin melata. Kalau tak percaya, keluarlah dari kereta, masuk ke bendang di hujung sana, rumah rakyat yang usang dimamah usia, memandang ke bukit tempat Baginda, mengharapkan kasih dan belas mereka, anak dan isteri gundah gulana, berdukacita, bermuram durja, apalah daya tidak berdaya, harapkan MB dia pun berkelana, sama-samlah kita. Mengharap hanya pada yang Esa.
TUDUHAN TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS PAHANG… JANGAN DI DIAMKAN…
9 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan