Seorang ahli PAS hardcore yang bekerja bersungguh-sungguh untuk memastikan kejayaan YB Osman ADUN Changkat Jering. Sayang sekali YB Osman telah
mengkhianati Mak Long dan beribu-ribu lagi pengundi macam Mak Long di DUN Changkat Jering bagi PRU 12 yang lalu. Sepatutnya YB Osman berasa MALU dan KESAL diatas kebiadapannya. Kesian Mak Long, Mak Teh, Tok Nek, Pak Su dan banyak lagi mangsa PENIPU yang bernama Osman. Mereka berjaga malam, memasak untuk petugas, melekat poster,masuk hutan cari buluh untuk pacak bendera, meraih undi dan tidak lupa BERDOA pada Allah untuk KEMENANGAN YB Osman.Mereka pengundi miskin yang tiada kepentingan kecuali nak tengok cucu cicit mereka dapat hidup bahagia dibawah pimpinan pemimpin idaman mereka... yang macam YB Osman...YB Osman yang dulu le...yang baru merangkak, sebelum pandai melompat...Tidak hairanlah jika mereka berdoa pada Allah agar......
Tadi masa telefon Mak Long, dia kata nak balik ke Changkat Jering, nak pergi tebang buluh, nak ajak kawan kemas rumah untuk jadi Markaz Media, nak buat sembahyang Hajat, nak buat itu, nak buat ini....
NAK MEMASTIKAN CALON PALIMEN PR Bukit Gantang MENANG BESAR.
salute tabik spring hormat pada MAKLONG
BalasPadamMak Long pun paham pasal politik dan demokrasi.Di harap yang muda2 sokong BN tu buka la minda.jangan la setia kat parti keturunan biru pekat,dacing berkarat yang dah tak releven tu
BalasPadamAllahu Akbar! Maha Suci Allah Taala yang memuliakan kita dengan Islam. Moga kita sama2 mendapat 'menyelami' semangat mak long. Wahai umat bangkitlah dari tidurmu..bebaskan dirimu dari belenggu bertuhankan makhluk kpd menyembah Allah yg tiada sekutu bagi-Nya.Belajarlah agama, nascaya tipudaya UMNO dan sekutunya dapat kita fahami. UMNO adalah waris penjajah, yg ditinggalkan Inggeris bagi meneruskan agendanya memecahbelahkan umat! Bangkit umat, bersatulah dalam saf PAS! sama2 kita menyokong & menegakkan Islam;umat manusia amat memerlukan kita bg membebaskan diri belenggu bertuhankan makhluk! Melayu tak mulia kerana melayunya, melayu mulia kerana Islamnya!...Jaga Islam nascaya mulia Melayu,sisihkan Islam nascaya kehinaan buat Melayu...Bebaskan belengu dari agenda sempit retorik 'ketuanan Melayu' yang diajarkan UMNO..kepada agenda "Semua manusia adalah sama..yang paling mulia adalah yang paling bertakwa..ajaran Nabi kita s.a.w. Sekiranya kita dapat memahami ini, Tiada sekutu bagi Allah & yang paling mulia disisi kamu adalah yang paling bertakwa'...maka akan lahirlah lebih ramai "Mak Long"...maka tak dapat memahami 2 agenda tadi melainkan dgn ilmu..jadi Pesan kami, belajarlah agama..belajarlah agama..penuhi masjid2 dgn majlis ilmu..makmurkan masjid dgn mutalaah ilmu..Ya Allah, yang tiada sekutu bagi-Mu, selamatkan umat..selamatkan umat..kasihani kami..hambamu yang lemah...lahirkan dikalangan kami pemimpin-peminpin yang mengasihi kami kerana-Mu ya Allah dan kami mengasihi mereka kerana-Mu ya Allah- Amin Ya Allah,Amin ya Rahman, Amin ya Rahim..sesungguhnya tiada kemuliaan tampa iman & Islam!takbir!Allahu Akbar!
BalasPadam