"Mari lihat siapa yang kena" kata Ibrahim Pendek dalam cerita P Ramlee. Agak-agak siapakah yang akan bertuah untuk "menerima" kasut-kasut ini. Mungkinkah salah seorang dari 4 orang jutawan segera negeri Perak ini. Atau pun ketua mereka. Agak-agak kasut tu mahal tak ? Brand apa ? Local ke imported? Clark? Prada? Dunhill? St Lois? Hanya tuannya saja yang tahu.
Tak ade tempat lain ke Mamat ni nak buat taik mata ? Tak adakah VVIP Room, Presidential Suite, atau paling laih, double room. Kesian Setpol MB kita. Nak tidur, di mana saja pun boleh, hatta di tepi dinding Masjid Titi Gantung. Kerja siang, malam, tak kira Ahad, Isnin, Khamis, serupa sahaja. Inilah kerja Lillahita'ala. Tak ada balak dua tiga blok, tak ada "stock option" dua tiga ribu unit, tiada Datuk, tiada Tan Seri. Inilah orang PAS.
Sebab itu orang tak mahu masuk PAS..... Tak ada duit. Asyik kena bagi duit masa CERAMAH. Tapi ganjaran Allah jauh lebih baik dari duit berjuta, tanah melata dan pangkat dan nama.
Sepasang kasut itu BUKAN untuk dilempar ke sesiapa. Orang PAS tak akan buat macam itu. Kasut itu akan menjadi SAKSI di akhirat nanti.
Itulah kasut SETPOL kita.
TUDUHAN TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS PAHANG… JANGAN DI DIAMKAN…
9 tahun yang lalu
Aaaaaa cita bab kasut ni gi kat laman web ana ada game baling kasut kat situ, praktis baling kasut kat Bush dulu sebelum baling kat puak2 tuuuuuuu
BalasPadam