Sabtu, 28 Februari 2009

AMPUN TUANKU, SENANG AJE CERITE

Pada minggu depan YB Sivakumar, Speaker Dewan Negeri Perak akan memanggil semua Adun-Adun kecuali yang telah dihukum "gantung". Dua usul akan dibawa oleh dua orang Adun PR. Usul yang kedua, iaitu untuk membubarkan DUN Perak. Apabila usul ini diterima, mestilah diterima, majoriti dah tentu. Apabila dibawa kepada Tuanku keputusan persidangan, terima sajalah usul tersebut ( Untuk membubarkan DUN). Tugas Paduka Sultan sudah tentu mendapat restu rakyat. Fungsi Tuanku sebagai Payung Rakyat sudah tentulah teserlah. Jika Tuanku membuat kesilapan sebelum ini, inilah masa untuk menebus kesilapan tuanku; dan ini akan mengembalikan maruah tuanku pada mata rakyat (Lihat saja apa yang telah ditulis oleh rakyat marhaen tuanku). Tuanku boleh menerangkan bahawa tindakan pembubaran DUN Perak hanyalah untuk mengatasi kemelut yang berlaku di negeri Tuanku dan dengan cara ini saja kekemelutan ini akan berakhir. Apabila DUN Perak dibubarkan hanya ada dua keputusan: KEPUTUSAN RAKYAT TUANKU !

1. PR menang, BN kalah.
2. BN menang, PR kalah.

Jika PR menang Tuanku boleh mengatakan tindakan Tuanku yang lalu hanya untuk menambahkan kekuatan PR yang mempunyai majoriti nipis. Dan ADUN-ADUN yang melompat ini akan menyerahkan balik kepada rakyat untuk menentukan wakil mereka di dalam Dewan.

Jika BN menang, sudah tentu Tuanku boleh mengatakan tindakan Tuanku melantik MB baru adalah tindakan yang benar; rakyat akan lebih menghormati Tuanku kerana keputusan Tuanku.

Apa-apa saja keputusan Pembubaran DUN Perak akan memihak kepada Tuanku. Rakyat Tuanku akan lebih menyayangi Tuanku.

Ke pekan Behrang risalah disebar,
Di Bukit Gantang poster digantung,
Mohon perkenan Dewan dibubar,
Rakyat tak marah Tuanku pun untung,

Ampun Tuanku, Sembah Patik Harap Di Ampun.

1 ulasan:

  1. Salam Ude .. salam Wak Banjar
    pantun kome pantun bestari
    Tuanku pekenan bubar, keme sebar
    rakyat penentu MB negeri.

    BalasPadam